Advertisement
Advertisement
Syukur Selalu Bersamamu – Sumbangan Orang Ramai Merealisasikan Impian Penghuni Rumah Baitul Fitrah
July 5, 2016
Sinopsis Program Syawal TV9
July 6, 2016

Luluh hati 4 juta penonton yang menyaksikan episod terakhir ‘Lambaian Ramadan’ apabila adik Nurin menghembuskan nafas akhirnya semasa ahli keluarga menunaikan solat terawikh secara berjemaah di rumah seperti yang diminta olehnya.

Drama bersiri 13 episod, ‘Lambaian Ramadan’, terbitan A. Aida Production lakonan Puteri Balqis, Adi Putra, Siti Elizad Sharifuddin, Izz Ilham, Muntazar Ghufran dan Reen Rahim berjaya memikat hati peminat-peminat drama Melayu sejak disiarkan pada 31 Mei menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam.

Melabuhkan tirainya pada 29 Jun, episod akhir ‘Lambaian Ramadan’ mencecah lebih daripada 4 juta penonton atau 45% syer penonton (Total 4+) sepanjang siaran dari jam 10 malam – 11 malam (Sumber: Nielsen Audience Measurement).

Bukan sahaja di kaca televisyen, ‘Lambaian Ramadan’ juga mendapat sambutan hangat di laman sosial Twitter setiap kali bersiaran apabila berjaya membolosi takhta trending nombor satu di Malaysia dengan kata kunci #LambaianRamadan. Di Tonton (www.tonton.com.my) pula, lebih daripada 70,000 tontonan dicatatkan sepanjang drama bersiri ini bersiaran.

‘Lambaian Ramadan’ mengisahkan Nurin (Puteri Balqis), 8 tahun, diabaikan oleh ibu bapanya yang berada di ambang perceraian. Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad Sharifuddin) berpendapat bahawa mereka sudah tiada persefahaman lagi.

Sebenarnya, Adam telah bertemu semula dengan kekasih lamanya yang baru pulang dari luar negara iaitu Warda (Reen Rahim). Warda merayu cinta Adam malah dia sanggup bermadu. Shila tahu tentang hubungan Adam dan Warda. Dia tidak mampu menghalangnya kerana dialah yang merampas Adam daripada Warda 14 tahun yang lalu.

Lambaian Ramadan

Lambaian Ramadan

Nurin selalu bergaduh dengan abangnya Iskandar (Muntazar Ghufran), 10 tahun, yang suka menyakat dia. Abang sulung mereka, Iman (Izz Ilham) yang baru masuk Tingkatan Satu lebih suka berkurung dalam bilik dan sering melepaskan marah kepada Nurin dan Iskandar apabila ada masalah.

Nurin disahkan mengidap leukimia akut dan hanya mempunyai masa sebulan, dua lagi. Nurin mula menulis pesanan kepada setiap ahli keluarganya pada setiap malam yang kemudiannya disorok di dalam sarung bantal. Nurin minta semua orang berdoa agar dia mati dalam Ramadan kerana fadhilatnya yang membuatkan semua makin pilu.

Nurin berjaya menyatukan keluarganya dan mereka saling memberi semangat. Pada malam Ramadan ke-29, mereka solat terawikh berjemaah di rumah saja atas permintaan Nurin. Doa Nurin dimakbulkan apabila Nurin meninggal ketika mereka semua solat terawikh di depannya. Setiap surat pesanan dibaca masing-masing dengan dilatari bayangan memori manis bersama Nurin dan diakhiri dengan ayat, “Adik tunggu semua di syurga in sha Allah.”

Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9 berkata, “Slot Samarinda TV3 tidak pernah mengecewakan peminat setianya dengan naskhah khas dalam bulan Ramadan pada setiap tahun. ‘Lambaian Ramadan’ mengisahkan kesungguhan seorang anak kecil yang mahu menyatukan keluarganya kembali walaupun dia sengsara dengan penyakit leukemia.

“Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peminat setia slot Samarinda. Sokongan kalian terus memberikan semangat kepada kami untuk mempersembahkan program-program yang berkualiti dan menarik.”

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan barisan program hebat di minggu pertama Raya dan minggu kedua Raya. Antaranya, telefilem dan filem eksklusif Aidilfitri seperti ‘Hello Mr Perfect Raya’ (Raya Pertama, 10 pagi), ‘Mak Cun Pi New York’ (Raya Pertama, 9 malam), ‘Raya Kami’ (Raya Kedua, 10 pagi), ‘Kak Marr Raya’ (Raya Kedua, 2 petang), ‘Boboiboy The Movie’ (Raya Kedua, 9 malam), ‘Seutas Gelang Emas’ (Raya Ketiga, 2 petang), ‘Kabhi Kushi Kabhi Gham’ (Raya Keempat, 2 petang), ‘Ketupat Akhir’ (Raya Keempat, 5 petang), ‘Cik Cinderella Encik Tengku Raya’ (Raya Keempat, 9 malam), ‘Sehelai Songket Berbunga Penuh’ (Raya Kelima, 5 petang), ‘Dilwale’ (Raya Kelima, 9 malam) dan ‘Kau, Aku, Kita Raya’ (Raya Keenam, 10 malam).

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid