Advertisement
Advertisement
Emma Maembong Tiada Perancangan Beraya Bersama Kamal Adli
July 6, 2016
Zul Ariffin Ketepi Isu Peribadi Untuk ‘J Revolusi’
July 11, 2016

 

Wartawan: Ridhatul Rizki
Jurugambar: Shareza Shafiee

Program hiburan sensasi, ‘Melodi’, berjaya mengumpulkan seramai 400 artis lama dan baru menerusi siaran khas Aidilfitri, ‘Melodi Raya 2016’ yang bakal bersiaran 10 dan 17 Julai, jam 12.30 tengahari di TV3.

Dihoskan oleh Awal Ashaari dan AG Azmeer, ‘Melodi Raya’ turut menampilkan Zizan Razak dan Marsha Milan sebagai hos jemputan.

Melodi Raya 2016 - DJ Dave, Awal Ashaari & Zizan Razak

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, rancangan khas Aidilfitri ini diadakan demi mengeratkan hubungan silaturrahim antara artis veteran dan baru.

“Rancangan ini sangat dinanti-nantikan oleh penonton setia TV3 dan kami percaya ‘Melodi Raya’ tahun ini lebih meriah. Selain itu, kami amat berbangga dapat menjadi platform untuk mengumpulkan artis baru dan lama,” ujarnya.

Bertemakan tradisional, ‘Melodi Raya’ tahun ini mengetengahkan konsep rumah terbuka dimana para artis turut berkongsi kenangan-kenangan Hari Raya mereka.

Melodi Raya 2016 - Awal Ashaari, Raja Ilya

Lebih menarik, penonton dapat melihat gandingan artis baru dan lama menerusi persembahan lagu raya. Antara artis yang membuat persembahan adalah Rahimah Rahim dan Siti Sarah, Hail Amir dan Adira, Halil Chik dan Ezad Lazim, Ogy Ahmad Daud dan Izreen Azminda, serta ramai lagi.

Antara artis lain yang turut memeriahkan ‘Melodi Raya’ tahun ini termasuk Lisa Surihani dan Yusry, Liyana Jasmay, Amyra Rosli, Emma Maembong, Izzue Islam, Ayda Jebat, Liza Hanim dan Neelofa.

 

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid