Advertisement
Advertisement
#cantiknyaMalaysia庆祝美丽的马来西亚
July 25, 2016
Sherry Alhadad Bermasam Muka Dengan Nabila Huda?
March 30, 2017

Tiket Showcase Afgan Sudah 60 Peratus Habis Dijual

Biarpun sidang media ‘An Intimate Evening With Afgan and The Gandarianz’ hanya diadakan pada Rabu, 29 Mac lalu, namun tiket-tet untuk menyaksikan showcase ini sudah pun terjual sebanyak 60 peratus.

Showcase yang direncanakan sempena sambutan Minggu Setiausaha tahun ini itu bakal berlangsung pada 27 April 2017, jam 8.00 malam bertempat di Tamingsari Grand Ballroom, The Royale Chulan Kuala Lumpur.

Dibawakan oleh Loudcloud Entertainment & Event Management Sdn Bhd, ‘An Intimate Evening With Afgan and The Gandarianz’ terhad untuk 700 orang penonton bagi memastikan acara ini memberi peluang kepada setiap penonton berada dekat dengan Afgan.

Menurut Pengarah Urusan Loudcloud Entertainment & Event Management Sdn Bhd, Najwa Mohamed Mokhtar, sambutan terhadap showcase itu amat memberangsangkan sejak mula dihebahkan di laman-laman sosial pada awal Mac lalu.

“Hampir separuh daripada 700 tiket sudah habis dijual dalam tempoh dua minggu selepas kita war-warkan tentang penganjuran showcase ini. Kami memilih Afgan kerana yakin dia punya tarikan tersendiri dan peminat-peminatnya di sini cukup kuat dan sentiasa menyokong kerjaya seninya,” ujar Najwa.

Sementara itu, Afgan yang tidak dapat menghadirkan diri pada sidang media terbabit sempat mengulas ringkas tentang penganjuran showcase terbabit menerusi perbualan video.

Jelas Afgan, biarpun sudah acap kali ke Malaysia untuk mengadakan persembahan, namun dia cukup teruja untuk ‘An Intimate Evening With Afgan and The Gandarianz’. Ini kerana buat julung –julung kalinya dia mengadakan showcase bersama The Gandarianz di Malaysia.

“Persembahan saya kali ini berbeza. Saya teruja kerana bakal diiringi oleh band sendiri. Pasti lebih puas. Untuk peminat-peminat saya di Malaysia, jangan lupa menyokong acara ini dan saya berharap dapat berjumpa dengan kalian pada tanggal 27 April nanti. Showcase ini cukup istimewa kerana ia akan berlangsung dalam suasana intim,” ujar Afgan ringkas.

Mensasarkan 70 peratus pelanggan korporat, showcase berdurasi dua jam 30 minit itu menawarkan pakej Bronze, Silver dan Gold, masing-masing berharga RM3,000, RM5,000 dan RM8,000 untuk sebuah meja dengan 10 tempat duduk. Sementara pakej Diamond yang bernilai RM10,000 memberi peluang kepada tetamu untuk menyertai sesi beramah mesra dan bergambar dengan Afgan selepas konsert berakhir.

Untuk keterangan lanjut dan pembelian tiket, sila hubungi talian 016 640 0677 atau 017 365 0838.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid