Advertisement
Advertisement
Sherry Alhadad Bermasam Muka Dengan Nabila Huda?
March 30, 2017
My Sucre Story, Lambang Cinta Kulinari Dato’ Fazley
March 31, 2017

Nora Danish Bergelar Isteri Kali Kedua

Aktres jelita Nora Danish, 35, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nedim Nazri, 34, kira-kira jam 8.37 malam di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur pada Khamis, 30 Mac 2017

Dengan dua kali lafaz, Nora sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan itu selepas lapan tahun memegang status sebagai ibu tunggal.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Masjid Wilayah Perseketuan, Khairul Asyraf bin Ahmad dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan teman terdekat.

Nora yang anggun mengenakan busana kahwin rekaan jenamanya, Owl By ND melahirkan rasa bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikannya selama ini akhirnya menjadi kenyataan dan berharap agar kebahagiaan yang baru dikecapinya ini berpanjangan hingga ke jannah.

“Ia seperti impian jadi nyata dengan penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu momen ini untuk disatukan dengan belahan jiwa. Harap semua dapat doakan kebahagiaan saya dan suami,” kata Nora.

Kedua-dua mempelai yang sebelum ini pernah melalui fasa perkahwinan dan perpisahan itu dikatakan sengaja memilih untuk tidak keterlaluan dalam meraikan hari bahagia mereka.

“Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang dibuat secara besar-besaran, namun untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana.

“Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah. Kami memilih cara ini kerana ia lebih peribadi dan intim,” katanya lagi.

Mengenai kehadiran cahaya mata, pelakon itu bersama suaminya memaklumkan tidak akan menolak jika ada rezeki.

Hasil perkahwinan terdahulu, Nora mempunyai seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli, 8, manakala Nedim juga mempunyai seorang anak lelaki, Mohammed Nedrin, 6 tahun.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid