Advertisement
Advertisement
Kisah Cinta Nora Danish – Nedim Nazri
April 2, 2017
Datuk Hattan Guna Kuasa Veto
April 3, 2017

Datuk Hattan Hero Elica, Along

Dua protégé di tempat tercorot untuk minggu keenam, Elica dan Along boleh melepaskan nafas lega apabila juri tetap Datuk Hattan menjadi hero dengan menyelamatkan mereka berdua dari risiko disingkirkan dari persaingan Mentor Milenia 2017.

Elica yang merupakan anak didik Akim tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya apabila diumumkan sebagai peserta dua terbawah selepas mempersembahkan lagu Benci Tapi Rindu nyanyian asal Hetty Koes Endang.

“Sejujurnya saya sangat-sangat terkejut sebab sebelum ni saya dua kali jadi juara mingguan, tapi minggu ini pencapaian saya terus merosot. Mungkin kerana di awal persembahan saya ada melakukan kesilapan dan tidak buat sehabis baik.

“Penurunan prestasi persembahan minggu keenam ini juga mungkin kerana saya terlalu banyak berfikir kerana tertekan untuk memberi yang lebih baik memandangkan saya sudah dua kali muncul juara mingguan, jadi saya tidak mahu mengecewakan penonton,” katanya.

Sementara itu, bagi Along protégé Tomok pula, apabila pengacara mengumumkan namanya sebagai dua tercorot, dia tidak dapat membendung kekecewaannya dengan diri sendiri.

“Saya tak jangka langsung untuk menduduki tempat kedua terbawah pada malam ni. Saya rasa saya dah buat yang terbaik. Mungkin rezeki tidak memihak kepada saya lagi untuk minggu ini. Kecewa jugalah sebab dah dua minggu jadi bottom two.

“Kesilapan saya mungkin kerana saya hanya fokus pada melodi hingga mengabaikan aspek persembahan keseluruhan. Ini juga kali pertama saya nyanyi lagu ‘When I Was Your Man’ secara live. Saya rasa dah kecewakan semua orang,” katanya sayu.

Kedua-dua mereka ditemui selepas persembahan minggu keenam Mentor Milenia 2017 yang disiarkan secara langsung di TV3 setiap Ahad jam 9 malam.

Selain Elica dan Along, 4 protégé yang masih bertahan meneruskan saingan adalah Balqis dan Usop (Hazama), Syeera (Black) dan Qalisya (Tomok).

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid