Advertisement
Advertisement
Johan As’ari Jawab Isu Khalwat
April 9, 2017
DFKL 2017 : Pemenangnya Memang Sudah Dijangka
April 12, 2017

Ashraf Muslim – “Jangan Aibkan Adi Putra dan Bekas Isteri-Isteri”

Berita mengenai pelakon popular Adi Putra menceraikan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Nor Shahida Zolkifly baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan peminat industri hiburan tempatan, malah juga di kalangan penggiat seni tanah air termasuk rakan artis iaitu pelakon Ashraf Muslim.

Menurut pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu itu, dia mengakui terkejut apabila mengetahui tentang perkara tersebut dan percaya Adi mempunyai sebab tersendiri kenapa membuat keputusan tersebut.

“Saya sebenarnya tidak tahu nak komen macam mana sebab saya pun baru tahu hal ini. Bagi saya ada baik dan tidak baik, tapi secara positif mungkin ada sebab kenapa dia buat keputusan macam itu,” ujar Ashraf sewaktu ditemui di Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil pada Sabtu.

Baru-baru ini Adi telah mengeluarkan kenyataan sudah tiada apa-apa kaitan lagi dengan kedua orang isterinya menerusi satu muat naik di akaun Instagram miliknya. Menurut Ashraf lagi, dia mendoakan yang terbaik untuk rakannya itu dan berharap agar peminat di luar sana tidak menjatuhkan hukum kepada Adi tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

“Memang Allah tidak suka penceraian tapi itu merupakan salah satu cara Allah berikan untuk kita menyelesaikan masalah. Kita tidak tahu, mungkin dengan penceraian itu dapat membantu menyelesaikan masalah dia.

Mungkin ada betul dan tidak betul, tapi biarlah dia memilih jalan hidup dia sendiri. Kita pun tak tahu hal sebenar, jadi orang di luar sana janganlah cuba aibkan dia dan bekas isteri-isteri dia,” tutur Ashraf sambil mengakui bukan mudah untuk hidup berpoligami.

“Hidup berpoligami ini kena banyak bersabar. Kita juga kena bijak menyelesaikan masalah dan jangan lari daripada masalah. Kalau lari, sampai bila-bila pun masalah tak akan selesai. Kita kena pandai handle masalah dan itu yang saya praktikkan dalam rumahtangga saya,” ujar suami kepada Noor Dayana dan Wan Sakinah itu mengakhiri perbualan.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid