Advertisement
Advertisement
Wings & Superfriends Belenggu Irama Super Hebat!
April 9, 2017
Ashraf Muslim – “Jangan Aibkan Adi Putra dan Bekas Isteri-Isteri”
April 9, 2017

Johan As’ari Jawab Isu Khalwat

Pelakon Johan As’ari menafikan gosip yang melanda dirinya konon dikatakan berkhalwat dengan penyanyi Aishah Bujang sewaktu berada di Singapura. Jelas pelakon Juvana itu, dia dan bintang kelahiran Akademi Fantasia itu hanya berbual di depan pintu bilik hotel sambil turut ditemani rakan-rakan yang lain.

“Selesai majlis di Singapura, saya pergi minum bersama keluarga sehingga jam 3 pagi. Sewaktu balik ke hotel, saya nampak Aishah dan kawan-kawannya di lobi hotel. Kami berborak di situ dan apabila tahu kami tinggal di tingkat yang sama, jadi kami pun sambung borak di depan bilik. Selepas setengah jam berborak, saya pun terus balik ke bilik.

“Saya tak ada niat nak berlebih dan tak terfikir pun nak ambil kesempatan. Bilik kami berdepan dan ketika berbual, memang kami buka pintu bilik masing-masing. Saya ada memberikan nombor telefon kepadanya, namun kami tak berhubung langsung selepas pulang dari Singapura,” kata Johan yang ditemui sewaktu sesi fotografi drama Jurnal Suraya di Sri Pentas 3, Bandar Utama.

“Saya tak sangka boleh keluar gosip macam ini, tapi bila jumpa ayah, dia cakap biasalah gosip. Yang penting saya kenal dan tahu diri saya sendiri, itu sudah memadai. Bagi saya, gosip ini mendewasakan saya. Saya akui diri ini masih lemah dan saya masih lagi belajar. Berilah ruang pada diri saya dan maafkahlah diri saya kalau betul saya bersalah,” tutur jejaka berusia 30 tahun ini sambil menafikan dirinya sengaja mencipta kontroversi untuk mencari publisiti.

“Saya tidak mencipta kontroversi dan ia datang secara tak sengaja. Seboleh-bolehnya saya akan cuba elak, tapi bila dah ada gosip, jadi saya kena sedia maklum. Tidak dinafikan gosip memang memainkan peranan untuk menaikkan nama saya. Mungkin orang tak suka baca gosip, tapi ada orang suka dan terhibur apabila baca gosip. Bagi saya, good or bad, masih lagi publisiti. Asalkan seseorang itu jangan buat jenayah.

“Saya juga tak takut dengan gosip kerana saya percaya dengan bakat dan kuasa aura yang saya bagi kepada industri. Saya jujur dan ikhlas dengan peminat dan tak nak menipu mereka. Bagi saya, gosip adalah rencah kehidupan seorang artis dan saya belajar dengan apa yang berlaku,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai perkembangan kerjaya seninya, pemilik nama Johan Ariff As’ari ini memberitahu sedang menjalani penggambaran drama Jurnal Suraya selama 35 hari. Umum mengetahui Johan pernah mengikuti pengajian agama selama empat bulan di India. Ditanya mengenai pendiriannya mengenai isu bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon, ini jawapannya.

“Jika dulu saya tak kisah, tapi sekarang saya ambil kisah. Tapi, saya tak boleh nak cakap sebab lakonan ini kadang-kadang kita tak boleh nak elak perkara-perkara tersebut. Apapun, saya menyokong perkara yang elok, tapi jika masa depan saya tak sengaja terpegang, maafkanlah diri ini yang masih belajar untuk teguhkan Iman,” ujarnya mengakhiri perbualan.

 

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid