Advertisement
Advertisement
Shukri Yahaya Pertama Kali Tak Pulang Tangan Kosong
April 12, 2017
Zahirah Macwilson & Zul Ariffin Masih Bersama
April 13, 2017

7 Hari Mencintaiku Tumpang Rezeki Buntat

By : Faris Othman

Penerbit Drama Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017, Ziela Jalil menerusi 7 Hari Mencintaiku, menganggap kejayaan drama itu adalah tuah yang ditumpang daripada Buntat, atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Abdullah.

“Saya sangat berterima kasih pada Buntat. Cerita ni beri impak yang kuat bila Buntat meninggal. Terus jadi fenomena satu Malaysia. Kita ni tumpang rezeki Buntat juga.

“Berkenaan pemilihan Buntat, kebetulan pengurus produksi kami kenal dengan Buntat, dalam skrip Siti Rosmizah pun perlu watak seorang kanak-kanak lembam, dan dia juga memang begitu. Tapi dia seorang anak yang senang terima tunjuk ajar.

“Dengan tunjuk ajar pengarah selain dia juga secara naturalnya boleh berlakon, dari situ kita boleh tengok keikhlasan Buntat di TV. Sebab tu boleh nampak betapa sedihnya bila ada babak melibatkan Buntat. it yang sampai ke hati penonton,” cerita Ziela.

Buntat_DFKL

Buntat_sketsa

Penerbit Pena Creative Pictures ini ditemui di sidang media Anugerah DFKL yang menyaksikan drama itu membolot enam trofi daripada 9 kategori dipertandingkan. 7 Hari Mencintaiku membawa pulang kategori Aktor Pilihan, Drama Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Pasangan Pilihan serta Lagu Pilihan.

Tambah Ziela, kemenangan besar drama berkenaan adalah hasil usaha semua mereka yang terlibat, tanpa mengira kedudukan dan peranan dalam penghasilan drama 28 episod itu.

“Kemenangan malam ni adalah kemenangan bersama daripada novelis, penerbit, penulis skrip, semua pelakon, pekerja teknikal, semua yang terlibat dalam penerbitan drama ini.

“Setiap watak dalam drama ni sangat bagus. Malahan watak pelakon tambahan pun sangat bagus di depan kamera. Setiap seorang yang ada sangat sesuai dengan watak masing-masing, mereka ada keserasian antara satu sama lain. Itu yang jadi resepi kejayaan,” akhirinya.

Foto : Shahreza Shafiee

 

Save

Save

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid