Advertisement
Advertisement
Ashraf Muslim – “Jangan Aibkan Adi Putra dan Bekas Isteri-Isteri”
April 9, 2017
Shukri Yahaya Pertama Kali Tak Pulang Tangan Kosong
April 12, 2017

DFKL 2017 : Pemenangnya Memang Sudah Dijangka

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur telah berlangsung meriah Ahad lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Seperti sedia maklum, drama ‘7 Hari Mencintaiku’ membolot 6 anugerah sekaligus menang besar pada malam itu.

Majlis bermula dengan persembahan pembukaan dance & lip sync battle oleh Azira Shafinaz, Mawar Rashid, Jaja Iliyes, Mimi Lana, Syafiq Kyle, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi dan Izzue Islam. Suatu pembaharuan yang segar meskipun koreografi masih menunjukkan tahap amatur yang jelas kelihatan dalam sesetengah selebriti.

Sherry Alhadad, AG dan Rita Rudaini diberi mandat besar mengemudi majlis anugerah berkenaan yang berlangsung lebih dua jam dan dipancarkan live menerusi TV3 dan Tonton dan Youtube TV3. Pengalaman Sherry dan AG yang pernah mengendalikan majlis serupa banyak membantu Rita yang baru pertama kali diberi kepercayaan menjadi hos.

DFKL2

DFKL3

Mengambil #CeritaKita sebagai tema, penganjur menggunakannya secara literal dengan menyelitkan sketsa-sketsa pendek sebelum mengumumkan nama calon, dan seterusnya pemenang. Biarpun idea ini menyuntik kelainan, namun amat sukar untuk tidak melihat segmen ini sebagai meleret dan tidak perlu.

Pemilihan pemenang pula tidak sukar dijangka kerana populariti drama terbitan Pena Creative, 7 Hari Mencintaiku sudah menjadi bualan peminat apatah lagi meraih rating 12 juta tontonan mengalahkan ‘Love You Mr Arrogant’ dan ‘Nur Kasih’ sebelum ini.

Cast&Crew7harimencintaiku

Tidak keterlaluan jika dikatakan, penerima trofi Lagu Pilihan, Dayang Nurfaizah menutup malam itu dengan penuh menghiburkan. Lagu lama rendisi tersendiri Dayang meninggalkan penonton dengan memori membesar bersama lagu Seribu Impian (Casey) dan Dendangan Laguku (Carefree).

Penyanyi itu turut mengalunkan lagu sendiri Dayang Sayang Kamu dalam persembahan penutup yang turut berkongsi pentas dengan para pemenang malam berkenaan di minit-minit akhir.

DayangNurfaizahperformance

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017:

  1. Aktor Pilihan: Shukri Yahya (7 Hari Mencintaiku)
  2. Aktres Pilihan: Mira Filzah ( Cinta Si Wedding Planner)
  3. Drama Pilihan: (7 Hari Mencintaiku)
  4. Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
  5. Penulis Skrip Pilihan: PGRS (7 Hari Mencintaiku)
  6. Antogonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
  7. Pasangan Pilihan: Shukri Yahya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
  8. Lagu Tema Pilihan : Lelaki Teragung (7 Hari Mencintaiku)
  9. Drama Pilihan Tonton VIP: (Meh Sandar Pada Aku)
  10. Drama Radio Pilihan : (Terima Kasih Ex)
  11. Drama Pendek Pilihan: (Kongsi Kalau Malu)

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid