Advertisement
Advertisement
DFKL 2017 : Pemenangnya Memang Sudah Dijangka
April 12, 2017
7 Hari Mencintaiku Tumpang Rezeki Buntat
April 12, 2017

Shukri Yahaya Pertama Kali Tak Pulang Tangan Kosong

By : Faris Othman

Aktor Shukri Yahaya tidak dapat menyembunyikan keterujaannya menerima trofi buat pertama kali selepas hampir enam tahun berada dalam industri. Di malam kemuncak Anugerah DFKL 2017, Shukri membawa pulang trofi Aktor Pilihan dan Pasangan Pilihan (bersama Siti Saleha) untuk drama 7 Hari Mencintaiku.

“Saya pada tahun-tahun lepas, tak mengharapkan untuk menang pun.  Tapi alhamdulillah tahun ni rezeki saya pula untuk merasa menggenggam trofi ni.

Ini pertama kali saya diberi penghormatan sebegini. Sebelum ni ada jugalah tercalon untuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, dan beberapa lagi anugerah. Saya datang untuk beri sokongan dan memeriahkan majlis sajalah,” katanya yang ditemui rakan media di belakang pentas usai majlis.

7harimencintaiku

Bagaimanapun Shukri tidak meletakkan harapan tinggi untuk mengulangi pencapaian serupa melalui Anugerah Bintang Popular walaupun mekanisme undian peminat tetap digunakan dalam anugerah anjuran Berita Harian itu.

“Yang tu tak tahulah pula. Sebab bila saya pergi ABP tahun lepas pun, tak dapat apa,” ceritanya sambil diselangi gelak kecil.

Menyentuh faktor kemenangannya malam itu, dia tidak menolak kemungkinan fungsi peminat yang begitu komited menyokong artis banyak membantu dalam menaikkan jumlah undian sekaligus meningkatkan potensi kejayaan.

“Boleh dikatakan sebab utama saya menang kali ni adalah sebab peminat drama 7 Hari Mencintaiku secara keseluruhannya, bukan kelab peminat saya semata. Kalau ikutkan, kelab peminat saya sendiri, Shukrival, tidaklah ramai sangat,” akhirinya.

Foto : Shareza Shafiee

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid