Advertisement
Advertisement
7 Hari Mencintaiku Tumpang Rezeki Buntat
April 12, 2017
Anugerah DFKL 2017 Raih 5.4 Juta Penonton!
April 13, 2017

Zahirah Macwilson & Zul Ariffin Masih Bersama

By : Nani Ramlee

Teka-teki mengenai status hubungan antara pasangan pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson akhirnya terjawab apabila Zahirah mengakui mereka berdua masih bercinta.

“Ya, kami masih bersama,” tuturnya ringkas, menjawab persoalan yang selama ini bermain di fikiran peminat seni tempatan.

Oktober lalu, timbul khabar angin kononnya pasangan ini putus cinta gara-gara orang ketiga. Zul dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon wanita bertudung kelahiran Singapura. Namun, Zahirah menepis dakwaan gosip tersebut.

“Gosip adalah gosip dan kami tak tahu dari mana mereka dapat info ini. Tak pernah ada gosip yang betul selagi tak keluar daripada mulut kami berdua sendiri. Apa yang ditulis tidak benar kerana kami saling mempercayai antara satu sama lain,” kata pelakon drama Mencintaimu ini lagi.

Zul sebelum ini pernah diajukan perkara yang sama oleh pihak media, namun pelakon filem J Revolusi itu enggan mendedahkan status hubungan mereka kerana tidak mahu membicarakan soal peribadi secara umum.

ZulAriffin

Zul Ariffin pilih diamkan diri.

Walau bagaimanapun, Zahirah sewaktu ditemui pada sesi fotografi Drama Sangat Bus Tour pada Khamis menjelaskan mereka tidak berniat untuk menyorok mengenai status hubungan cinta mereka kepada umum kerana lebih selesa mengekalkan privasi dalam perhubungan mereka.

“Bukan nak sorok, tapi kami lebih suka privasi. Kalau orang nampak kat luar, kami tak kisah. Saya pun tak adalah nak bercerita lebih pasal dia, begitu juga dengan dia. Jika sampai masa, semua akan tahu. Kami juga bukan nak biar orang di luar sana berteka-teki, tapi kami memang tak ada benda nak kongsi.

“Lagipun, kami dah lalui bermacam gosip dan bagi kami, privasi adalah lebih penting. Prinsip kami juga sama, sebab itu kami boleh kekal sehingga sekarang. Saya pun tak tahu kenapa orang suka sangat tanya pasal saya dan Zul, saya rasa cukuplah bertanya tentang hubungan kami,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Foto : Shahreza Shafiee

Save

Save

Save

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid