Advertisement
Advertisement
Diana Danielle Atasi Rasa Fobia Untuk Bergelar Penyanyi
April 14, 2017
Mentor Milenia: Datuk Hattan Sukar Buat Keputusan
April 17, 2017

Balqis Bersaing Dengan Diri Sendiri

By : Nani Ramlee

Pertarungan konsert battle keenam Mentor Milenia 2017 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan protege Hazama, Balqis dinobatkan sebagai juara mingguan buat pertama kali. Balqis ketika ditemui selepas konsert mengakui tidak menjangkakan akan mendapat gelaran tersebut dan menggangap ia sebagai bonus buat dirinya.

“Saya tak pernah jangka akan dapat gelaran juara mingguan sebab saya tahu tahap saya. Kalau nak dibandingkan dengan semua peserta yang lain, sudah tentu saya tidak yakin. Namun, syukur Alhamdulillah rezeki saya pada minggu ini. Saya ingin berterima kasih kepada team saya yang sangat bekerja kuat untuk saya,” tutur anak kelahiran Terengganu ini.

Pada konsert tersebut, Balqis mempersembahkan lagu Hatinya Tak Tahan nyanyian Noraniza Idris dan berjaya meraih markah penuh iaitu 20 markah daripada juri awam. Kebolehannya untuk menari sambil menyanyi juga berjaya menambat hati Datuk Hattan selaku juri tetap.

“Saya rasa, selepas tamatnya program Mentor Milenia 2017, Balqis harus kekalkan pakej seperti ini kerana Balqis mempunyai kelebihan untuk menari sambil menyanyi, dan bukan semua orang mampu berbuat demikian,” ujar Datuk Hattan mengulas mengenai persembahan Balqis.

DatukHattan

Ditebak sama ada dia berasa selesa dengan tahap pencapaiannya serta gelaran yang diperoleh, peserta berusia 18 tahun ini memberitahu kemenangan yang diterimanya pada minggu itu merupakan satu pemangkin semangat buatnya untuk bekerja lebih kuat lagi selepas ini.

“Saya tak boleh selesa dengan gelaran ini sebab ia akan menganggu fokus saya. Saya anggap ini sebagai satu bonus buat saya. Selepas ini saya akan cuba buat yang lebih baik dan cuba perbaiki apa kesalahan yang ada. Minggu depan saya akan terus kerja kuat dan buat lebih bagus lagi,” katanya yang lebih selesa dan yakin menyanyikan lagu rancak dan Pop.

Ketika ditemui, Balqis juga akui turut berasa sedih dengan penyingkiran rakan seperjuangannya, Qalisya. Ini kerana mereka tinggal di dalam satu bilik yang sama dan sangat rapat. Balqis turut mendoakan agar rakannya itu berjaya di luar sana.

Sebelum mengakhiri perbualan, Tonton Extra sempat bertanyakan kepada anak didik Hazama ini siapakah saingannya dalam Mentor Milenia dan ini jawapannya.

“Bagi saya tiada pesaing dalam pertandingan ini kerana semuanya hebat dan mempunyai kelebihan masing-masing. Saya berada di Mentor Milenia bukan untuk bertanding sesama peserta lain, tapi saya mahu bertanding dengan diri saya sendiri,” katanya.

 

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid