Advertisement
Advertisement
Anugerah DFKL 2017 Raih 5.4 Juta Penonton!
April 13, 2017
Balqis Bersaing Dengan Diri Sendiri
April 14, 2017

Diana Danielle Atasi Rasa Fobia Untuk Bergelar Penyanyi

By : Nani Ramlee

Selepas menempa nama dalam bidang lakonan, pelakon Diana Danielle kini melebarkan sayapnya dalam peta industri nyanyian apabila tampil dengan single solo berjudul, Tentang Kita ciptaan DJ Fuzz serta lirik nukilan Alabbas dan Muariffah.

Biarpun pernah muncul dengan lagu Penyembuh Rindu, lagu duet bersama Mawi untuk filem Magika serta lagu Pujaan Hatiku untuk filem Kami Histeria sebelum ini, namun pelakon filem ‘Hanyut’ ini memberitahu lagu Tentang Kita merupakan penanda aras baginya untuk membuktikan dia memang serius dalam bidang nyanyian.

“Sebelum ini saya dah mula menyanyi tapi peminat ingat saya tidak serius. Saya juga tidak pernah mendapat tawaran persembahan daripada mana-mana pihak. Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi. Saya suka serta mahu jadi penyanyi. Jadi, saya memang serius untuk menyanyi,” tutur Diana atau lebih mesra dengan panggilan Dee.

DianaDanielle_perform

Ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran Tentang Kita di Neway Karaoke, One Utama, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson ini turut memberitahu dia tidak kisah dan sudah bersedia jika ada pihak yang mengkritik serta mempertikaikan kemampuan vokalnya.

“Ramai juga yang tanya boleh ke pelakon jadi penyanyi. Bagi saya haters everywhere. Masa saya bermula sebagai seorang pelakon, ramai orang cakap saya kayu dan tak boleh jadi pelakon yang bagus. Namun, segala kritikan itu menjadikan saya lebih kuat untuk menuntut ilmu dengan orang-orang yang bagus sekaligus meningkatkan mutu lakonan saya,” ujarnya yang tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya lakonan selepas bergelar penyanyi.

Tambah gadis berusia 26 tahun ini lagi, dia turut mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi untuk memantapkan lagi vokalnya. Dalam pada itu, Diana turut bersyukur kerana suaminya, Farid Kamil banyak memberi sokongan kepadanya.

“Dia seorang yang saya perlukan untuk berjaya dan dia sentiasa menyokong karier saya. Dia bangga akhirnya saya bergelar penyanyi. Dia tahu saya fobia menyanyi di depan orang ramai dan saya memang ada masalah stage fright. Secara jujur, saya ambil masa yang lama juga untuk membina keyakinan diri.

Alhamdulillah, sekarang dah tak ada perasaan fobia itu, cuma saya rasa macam saya belum cukup bagus untuk menyanyi di depan orang. Tapi, saya akan cuba lawan kelemahan itu,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran drama Raisha untuk slot Lestary TV3 dan Di Sebalik Wajah untuk Hypp TV.

DianaDanielle

Sebelum mengakhiri perbualan, Diana turut ditanya mengenai perkembangan statusnya yang dikatakan bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa kelahiran Denmark iaitu Christopher Nissen.

“Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini. Bagaimanapun, terima kasih kepada Warner Music Malaysia kerana memberi saya satu peluang emas untuk saya berduet dengan penyanyi luar. Saya tak pernah sangka dan InsyaAllah, saya harap kolaborasi ini berjaya.”

Foto : Shahreza Shafiee

 

 

 

 

Save

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid