Advertisement
Advertisement
Syeera Tidak Selesa Dengan Gelaran Juara Mingguan
April 18, 2017
Eirma Fatima Tak Ralat Mak Cun Atasi Populariti
April 18, 2017

Mak Cun Angkat Produk Usahawan IKS

By : Nani Ramlee

Selepas mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri hiburan tanah air, Mak Cun kini meluaskan empayarnya dengan melancarkan laman sesawang Mak Cun Mart. Menurut pelakon, pengarah serta penerbit, Eirma Fatima, platform ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk-produk mereka sekaligus mengembangkan perniagaan mereka.

“Mak Cun bukan sekadar satu drama buat saya. Mak Cun adalah satu ilmu baru dalam kehidupan saya. Banyak saya belajar daripada kehidupan Mak Cun sebagai usahawan. Daripada drama ini, saya kenali susah senang hidup sebagai seorang usahawan.

“Saya kaji perkara ini untuk saya buat skrip drama. Saya turun padang bertanya sendiri kenapa isu ini boleh timbul. Bagaimana pahit dan sakitnya usahawan-usahawan kampung, desa yang tinggal di bumi Malaysia ini untuk mengangkat produk mereka ke pasaraya-pasaraya besar.

Atas rasa tanggungjawab itu, saya mahu membantu golongan usahawan kecil ini untuk memasarkan produk mereka menerusi platform ini,” ujar peneraju watak Mak Cun ini sewaktu ditemui pada majlis pelancaran Mak Cun Mart di Foyer, Sri Pentas pada Khamis.

ErmaFatima

Bercerita lebih lanjut mengenai Mak Cun Mart, Eirma memberitahu lebih 20 produk makanan, kecantikan dan fesyen ditawarkan kepada semua. Selain boleh dibeli menerusi laman sesawang www.makcunmart.com.my, produk-produk Mak Cun juga boleh didapat di kedai yang terletak di Ukay Perdana.

“Saya bersemangat untuk angkat produk usahawan kecil ini kerana saya sangat yakin dengan semua produk yang saya ambil. Ini kerana saya akan cuba dulu dan pilih yang terbaik untuk dijenamakan semula atas nama Mak Cun. Malah, untuk koleksi fesyen juga, saya sendiri yang pilih kain daripada material yang terbaik.

“Alhamdulillah, dah setahun saya promosi produk Mak Cun. Bagi saya, Mak Cun adalah satu ilmu untuk saya kerana banyak yang saya belajar. InsyaAllah, akan ada banyak perancangan lagi untuk jenama ini. Saya juga memang mengalu-alukan usahawan-usahawan kecil yang nak join platform ini,” tuturnya mengakhiri bicara.

MakCun_mart

Dapatkan produk-produk keluaran Mak Cun di Mak Cun Mart (www.makcunmart.com.my) dan jangan lupa menonton musim terbaharu drama Mak Cun yang akan menemui penonton setiap Rabu hingga Jumaat bermula 20 April jam 9.00 malam di TV3.

Foto : Shahreza Shafiee

 

Save

Save

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid