Advertisement
Advertisement
Nazim Othman Impi Duet Faizal Tahir
April 19, 2017
Ayda Jebat & Redza Rosli Simpan Perasaan
April 20, 2017

Ayda Jebat & Redza Rosli Duta Terbaru Tonton

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat kini dilantik bersama Redza Rosli sebagai duta terbaharu Tonton, servis penstriman terbesar tempatan yang pertama di Malaysia. Pemilihan Ayda dan Redza ini dibuat sempena ulangtahun pertama Tonton VIP bagi mengantikan Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad yang merupakan duta bagi kandungan berbahasa Melayu pada tahun lalu.

Selain itu, duo Mandopop (Thomas Kok dan Jack Tan) turut dipilih bagi menggantikan Henley dan Soo Wincci sebagai duta kandungan berbahasa Cina. Tambah mengujakan, Dato’ Seri Vida diumumkan sebagai Ratu Tonton. Pemilihan ikon usahawan ini diharap dapat memberi inspirasi dan menggalakkan lebih ramai pelanggan untuk mendaftar pakej Tonton VIP serta menerima layanan eksklusif bak diraja.

Mengulas tentang pemilihan beliau sebagai Ratu Tonton, Dato’ Vida memberitahu dia mengharapkan kolaborasinya bersama Tonton boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

tontonLaunch

“Sebagai Ratu Tonton, saya akan cuba untuk menarik lebih ramai orang untuk mendaftar sebagai ahli Tonton VIP. SDalam masa yang sama, ini juga adalah salah satu cara untuk saya mempromosikan produk sendiri. Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Selain terlibat dengan aktiviti promosi, saya juga akan mempunyai online channel sendiri bagi berkongsi pelbagai perkara menarik dalam kehidupan saya. Saya memang sudah lama ingin melakukan perkara ini dan dengan Tonton hasrat saya tercapai,” ujar Dato’ Vida ketika ditemui usai acara sambutan ulangtahun pertama Tonton VIP pada Selasa.

Sementara itu, bagi Ayda Jebat pula, dia menganggap pemilihannya sebagai duta sebagai salah satu cara untuk dia mempromosikan karier lakonannya. Biarpun sedar tanggungjawab itu bukan mudah, tetapi Ayda melihatnya pada sudut positif.

“Sebagai duta, tanggungjawabnya memang berat, tetapi saya tidak terlalu risau kerana saya tahu jumlah mereka yang sudah mendaftar sebagai Tonton VIP memang berjuta. Saya harap pemilihan saya dan juga yang lain-lain boleh membantu untuk orang tahu tentang kewujudan Tonton,” ujar Ayda menafikan dia dijanjikan dengan banyak tawaran berlakon bersama stesen televisyen milik Media Prima Berhad.

Bagi Redza Rosli pula, dia akan mencuba sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab terbarunya itu.

“Terpilih sebagai duta Tonton merupakan satu penghargaan buat saya. Saya agak terkejut tetapi dalam masa yang sama rasa dihargai. Saya harap dengan pemilihan ini ia boleh mempromosikan drama lakonan saya bersama Ayda ,‘Ku Kirim Cinta’ yang akan bersiaran pada bulan Ramadan nanti.  Saya akan galas tanggungjawab ini 100 peratus,” ujar Redza.

Tonton kini memiliki hampir 7 juta ahli dengan penambahan 18,000 ahli setiap minggu dan mencapai 1,5 juta muat turun di iOS dan Android dengan kadar peningkatan 25 peratus pada setiap bulan. Selain itu, Tonton kini sudah meningkatkan kandungan melebihi 29,00 jam filem, drama, catch-up, acara-acara eksklusif siaran langsung dan sakuran-saluran premium dengan 200 jam dimuat naik setiap minggu.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid