Advertisement
Advertisement
Mentor Milenia: Tomok Risau Kedudukan Along
April 21, 2017
”Pengikut Media Sosial Ramai Pun Boleh Berlakon” –Haliza Misbun
April 22, 2017

Mentor Milenia: Along King of Bottom 2

By : Nani Ramlee

Protege kepada Tomok, Along mendapat jolokan King of Bottom 2 apabila tiga kali berada di tangga dua tercorot sepanjang program Mentor Milenia 2017 berlangsung. Menurut peserta kelahiran Kedah itu, perkara tersebut membuatkan dia berasa tergugat dan sedikit sebanyak memberikan tekanan buatnya.

“Saya rasa tergugat sebab hampir setiap minggu berada di tangga dua terbawah. Namun, saya tidak mahu berasa tertekan sebab jika terlalu difikirkan perkara ini, ia boleh menganggu fokus saya dalam program ini,” ujar Along ketika ditemui baru-baru ini.

“Kalau boleh saya tidak mahu terkeluar sebab kesian pada abang Tomok. Dia pun tinggal seorang saja lagi protege, jadi saya tak boleh tersingkir. Saya tidak mahu berputus asa dan akan memperbaiki kelemahan saya dari setiap masa ke masa.”

Tambah peserta berusia 20 tahun ini lagi, dia akan melakukan yang terbaik kerana tidak mahu menghancurkan harapan mentornya serta keluarga yang banyak memberi kekuatan dan sokongan.

Along_mentor milenia battle 7 (12)

“Kekuatan saya datang daripada keluarga. Saya sentiasa ingat keluarga kerana mereka selalu memberi sokongan tidak henti kepada saya. Jadi, saya tak boleh nak sia-siakan apa yang mereka harapkan selama ini. Mereka juga selalu memberi nasihat agar saya tidak berputus asa,” tuturnya lagi.

 

Pada konsert yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada Ahad, Along atau nama sebenarnya Mohamad Rozaimi Rosli menyampaikan lagu Biso Bonar nyanyian Datuk Hattan. Menurut Along, lagu tersebut agak sukar, namun bersyukur kerana masih terselamat daripada penyingkiran.

“Lagu itu memang susah sebab bayangkan orang utara nak menyanyi lagu pelat Nogori, jadi memang agak mencabar. Seminggu juga saya ambil masa berlatih untuk lembutkan lidah saya,” katanya mengakui sedang cuba untuk menghilangkan perasan malu yang menebal dalam diri.

“Tidak dinafikan, rasa malu itu masih ada lagi. Namun tidaklah malu seperti minggu awal program ini berlangsung. Alhamdulillah, saya dapat kurangkan perasaan malu itu. Apabila berada di atas pentas, saya akan jadi orang lain. Saya tak fikir apa-apa dan hanya mahu memberikan persembahan yang terbaik,” jelasnya mengakhiri perbualan.

Foto : Farid Mad Noh

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid