Advertisement
Advertisement
Mentor Milenia: Along King of Bottom 2
April 21, 2017
Mentor Milenia: Hazama Yakin Dengan Protege
April 25, 2017

“Pengikut Media Sosial Ramai Pun Boleh Berlakon” –Haliza Misbun

By : Faris Othman

Aktres handalan Haliza Misbun menyatakan dia boleh melihat begitu banyak perbezaan dalam dunia seni tempatan berbanding 20 tahun lalu ketika namanya memuncak dengan drama bersiri Cinderella pada sekitar 1998.

“Saya tengok banyak beza pelakon dulu-dulu berbanding sekarang. Pelakon lama lebih bersedia untuk beraksi di set. Laluan mereka untuk menjadi pelakon pun tak senang. Mereka perlu pergi ujibakat melepasi banyak peringkat sebelum diterima berlakon.

“Tapi sekarang pengikut di laman sosial yang ramai pun boleh menjadi sebab untuk jadi pelakon. Followers ramai, tiba-tiba boleh terus berlakon tanpa perlu bersusah-payah diuji kebolehan mereka untuk berlakon,” cerita Haliza.

Bagaimanapun, dia yang kini sedang di set penggambaran drama ‘Semusim Rindu’ tidak menolak kemungkinan bakat-bakat baru berkenaan boleh diasah dan digilap jika kena dengan gayanya dan mereka bersedia belajar.

“Setakat ini lakonan mereka okay. Kalau mereka bersikap terbuka untuk belajar dan menerima tunjuk ajar daripada mereka yang senior, mereka boleh pergi jauh. Mereka perlu buktikan walaupun lahir melalui media sosial, mereka juga ada kualiti sebagai pelakon,” akhirinya.

Haliza juga mengesahkan dia akan membintangi filem Cinderella yang akan memulakan penggambaran selepas Aidilfitri ini jika segala perancangan berjalan lancar. Filem berkenaan turut akan mengekalkan Ahmad Idham yang membawa watak hero dalam drama berkenaan.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid