Advertisement
Advertisement
Mentor Milenia: Hazama Yakin Dengan Protege
April 25, 2017
Shah Jaszle Berpantang Nasi
April 25, 2017

Mentor Milenia: Tomok Samakan Along Dengan Tiang Elektrik

By : Nani Ramlee

Beberapa kali dikatakan stiff atau kaku ketika membuat persembahan di atas pentas Mentor Milenia 2017, akhirnya penyanyi Tomok menyamakan protegenya Along atau nama sebenarnya Mohamad Rozaimi Rosli dengan tiang elektrik.

“Along merupakan satu-satunya penyanyi lelaki yang menyanyi macam tiang elektrik. Saya tidak rasa apa yang saya cakap itu akan memudarat atau menjejaskan karier Along,” ujar Tomok sewaktu ditemui sejurus selepas konsert tamat.

“Jika dilihat dari sudut positif, dia adalah satu-satunya penyanyi yang sebegitu. Bagi saya, benda ini adalah benda yang positif jika kita ambil dari sudut yang positif,” jelas penyanyi lagu Bagaikan Bidadari itu sambil mengakui sukar untuknya mengubah cara nyanyian Along.

“Datuk Hattan bagi saya tiga minggu untuk ubah Along. Tapi itu adalah Along, saya tak boleh nak paksa untuk buat perkara yang dia tidak suka. Memang agak sukar untuk mengubah Along sebab dia dah terbiasa dengan persembahan sebegitu. Tapi bagi saya, ini adalah pertandingan nyanyian, jadi kita akan letak nyanyian di nombor satu,” katanya lagi.

Ketika ditemui, Tomok yang kini hanya tinggal seorang sahaja lagi protege turut mengakui rasa terkejut dan tertekan apabila anak didiknya itu sekali lagi menduduki tangga dua terbawah.

Tomok_1

“Saya terkejut dan sedikit terkilan kenapa Along masih berada di Bottom 2 sedangkan Along dah berikan persembahan yang baik. Saya pasti mungkin kekurangan undian daripada penonton online menyebabkan Along berada di tangga terbawah.

“Kita dah cuba promote dia sehabis baik dan sebagai mentor, memang saya agak tertekan. Apapun saya tidak akan berputus asa dan akan berjuang habisan untuk protege saya sehingga dia dapat mara ke peringkat akhir,” tutur Tomok mengakhiri perbualan.

Pada konsert battle ke lapan Ahad lalu, kesemua peserta layak ke pusingan separuh akhir apabila juri tetap, Datuk Hattan mengumumkan tiada penyingkiran dilakukan.

Jangan ketinggalan untuk menonton Konsert Separuh Akhir Mentor Milenia 2017 pada Ahad ini, jam 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh mengikuti perjalanan aktiviti mentor dan protege menerusi Jurnal Mentor pada Ahad jam 6.00 petang di TV3.

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid