Advertisement
Advertisement
Mentor Milenia: Tomok Samakan Along Dengan Tiang Elektrik
April 25, 2017
Cakra Khan Komen Tentang Syahrini
April 27, 2017

Shah Jaszle Berpantang Nasi

By : Faris Othman

Gara-gara menjejaskan karier lakonan, pelakon Shah Jaszle nekad untuk menurunkan berat badannya daripada 82 kilogram ke 75 kilogram. Salah satu cara yang dilakukannya ialah dengan meninggalkan nasi dalam diet harian.

“Selepas enam bulan tidak makan nasi, berat badan saya turun 4 kilogram. Penat sebenarnya berdiet ni, tapi saya perlu buat sebab apabila badan besar, sukar hendak pakai baju yang bersesuaian dengan bentuk tubuh.

“Selain itu, saya perlu kecilkan badan sebab kalau terlalu besar, penampilan jadi tidak menarik di kaca TV. Ini kerana lensa kamera akan ‘menambah’ berat seseorang pelakon itu. Kita akan kelihatan 25 peratus lebih besar daripada saiz asal,” ujarnya.

Tambah Shah lagi, kerana berat badannya itu, dia juga menghadapi masalah dengan tawaran lakonan apabila kerapkali diberi watak sampingan.

SHAHJAZLE_LebuhrayakeNeraka

“Masalah berat badan ini memang mempengaruhi perjalanan karier saya. Ada pihak produksi yang mahu mengambil saya sebagai hero, tetapi stesen TV pula tidak bersetuju. Kadang-kadang, ada pengarah suka, tapi penerbit pula tidak memberi lampu hijau.

“Disebabkan masalah ini juga saya ada didekati oleh wakil produk pil kurus tapi saya tolak dengan baik kerana saya tak percaya semua tu. Saya memilih untuk mengamalkan diet dan bersenam secara sihat, bukan dengan jalan singkat sebegitu,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Shah akan muncul di layar perak menerusi filem ‘Lebuhraya ke Neraka’, setelah membintangi  filem ‘Azura’ yang menemui penonton pada 2012.

SHAH JAZLE_lebuhrayakeNeraka

Filem buah tangan Mamat Khalid yang penggambarannya dilakukan pada 2011 itu sedikit sebanyak mengubat kerinduannya untuk terlibat dalam produksi selain drama yang banyak diterimanya setakat ini.

‘Lebuhraya ke Neraka’ bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 Mei ini.

Foto : Farid Mad Noh

 

Save

Save

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid