Advertisement
Advertisement
Cakra Khan Komen Tentang Syahrini
April 27, 2017
Konsert Jom Tonton Rai Pelanggan VIP
April 27, 2017

Dayang Nurfaizah Mula Risau Tentang Jodoh

By : Mizz Ayu

Penyanyi yang sedang meledak naik, Dayang Nurfaizah, 36, mengakui dia kini mula berasa risau soal jodoh. Biarpun tidak menerima sebarang tekanan daripada pihak keluarga, tetapi jauh di sudut hatinya dia juga ingin punya pasangan hidup.

“Dayang kini sudah berumur 36 tahun. Tinggal empat tahun sahaja lagi hendak masuk 40 tahun.  Mestilah ada kerisauan apabila terfikir tentang jodoh. Lebih-lebih lagi apabila tengok kawan-kawan sebaya yang sudah punya keluarga sendiri.

Bukan Dayang tidak mahu mempunyai teman lelaki, tetapi sehingga kini belum ada lelaki yang cuba mendekati. Dayang pun tidak mencari kerana terlalu sibuk dengan nyanyian. Selalunya selepas habis kerja, Dayang akan terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga. Mungkin itu salah satu faktor mengapa sehingga kini Dayang masih sendiri,”  kongsi Dayang ketika ditemui di sidang media Konsert Nova pada Selasa.

Dalam masa yang sama, Dayang juga mengakui dia  agak takut untuk menjalin hubungan cinta. kerana bimbang akan menjejaskan karier nyanyiannya.

“Dayang tidak pernah bercinta sebelum ini. Jadi Dayang takut apabila sudah bercinta nanti Dayang jadi leka sehingga boleh menjejaskan karier nyanyian. Bukan mudah untuk capai apa yang Dayang ada sekarang ini. Dayang mahu lelaki yang boleh bergandingan dengan Dayang membina karier, bukan lelaki yang akan menarik Dayang ke bawah,” ujar Dayang.

Dayang_DFKL

Lagu nyanyian Dayang, Lelaki Teragung dinobatkan sebagai pemenang Lagu Pilihan DFKL 2017.

Mengulas tentang sambutan peminat terhadap album terbarunya yang cukup memberangsangkan, Dayang memberitahu dia sebenarnya tidak sangka albumnya boleh terjual dalam masa yang singkat.

Dayang tak sangka album terbaru ini dapat sambutan yang baik.  Difahamkan pihak label telah tiga kali mencetak album ini kerana ada permintaan.  Walaupun sekarang orang lebih suka muat turun ecara online, tapi masih ada peminat yang mahukan album fizikal. Dayang sangat berterima kasih kepada peminat-peminat yang banyak menyokong Dayang selama ini. Album terbaru ini memang didedikasinya untuk mereka,” ulas Dayang.

Sebelum mengakhiri bicara, Dayang sempat meluahkan rasa kecewa terhadap pihak yang mencetak rompak album terbarunya itu.

Dayang sedih apabila dapat tahu album ini turut menjadi mangsa cetak rompak . Mungkin dia ingat dia  hendak membantu Dayang untuk mempromosikan album ini, tetapi caranya tidak betul. Penat buat album ini sebab banyak tenaga kerja yang terlibat. Kesianlah pada kami. Kalau nak tunjukkan sokongan banyak lagi cara lain. Dayang harap pihak terbabit boleh menghentikan kerja-kerja cetak rompak itu kerana ia boleh  menjejaskan periuk nasi kami,” luah Dayang.

 

Save

Save

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid