Advertisement
Advertisement
Dato’ Siti Nurhaliza Realisasi Impian Dalam Klip Video
April 28, 2017
Naz Wujudkan Komuniti Makan JJCM
April 29, 2017

Bella Dally Tak Gusar Isu Anak

By : Faris Othman

Setelah 7 bulan melayari bahtera rumah tangga, aktres Bella Dally tidak merasa gusar atau tertekan dengan soalan klise buat pasangan baru bergelar suami isteri tentang anak.

“Saya dan Nazim hanya ikut flow. Kalau ada, adalah, kalau tak ada, tak mengapa. Buat masa sekarang masih lagi tak ada lagi. Mungkin sebab baru 7 bulan, kami tak merasa tekanan tentang isu ini, masih terlalu awal buat kami rasanya,” katanya berterus terang.

Buat Bella, sejak bergelar suri hati Nazim, perubahan kecil pada badannya selalu sahaja dikaitkan dengan kehamilan oleh pengikutnya di Instagram, namun semua itu tidak pernah membuatnya berkecil hati atau tersinggung.

“Di Instagram kalau saya pakai baju yang kembang sikit pun orang akan tanya dah pregnant ke belum. Kalau dapat komen sebegitu saya tak balas pun, saya anggap je macam biasa, boleh anggap macam doa juga daripada mereka,” jelasnya lagi.

BELLA DALLY (6)

Rumah tangga mereka pernah dikatakan sedikit bergolak apabila Bella memadam gambar suaminya itu di Instagramnya, namun keadaan kembali reda apabila mereka memuat naik gambar percutian bersama tidak lama kemudian.

Bella yang ditemui ketika pelancaran tudung Ariani Luxe mengatakan suami dan abangnya adalah sumber rujukan jika berdepan apa-apa masalah berkaitan dunia seni dan perkembangan kerjaya.

“Nazim dan abang saya, Affendy Ali lebih tahu tentang bidang ini berbanding saya. Jadi saya akan minta pandangan mereka jika ada kemusykilan. Jika ada apa-apa tawaran pun saya akan bincang dengan suami untuk tanya kesesuaian watak dengan saya dan pelbagai aspek lain yang perlu dipertimbangkan,” ujarnya lagi.

Foto : Farid Mad Noh

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid