Advertisement
Advertisement
Datuk Rosyam Nor Tidak Selesa Dipanggil Hero Tua
April 28, 2017
Bella Dally Tak Gusar Isu Anak
April 28, 2017

Dato’ Siti Nurhaliza Realisasi Impian Dalam Klip Video

By : Faris Othman

Setelah lebih dua dekad dalam bidang seni, Dato’ Siti Nurhaliza akhirnya dapat merealisasi impiannya untuk menjadi seorang adiwira dalam video muzik terbaru, Segala Perasaan yang baru sahaja siap menjalani penggambaran minggu lalu.

Adiwira Muslimah lengkap dengan hijab dan cape warna kelabu itu dinamakan Nour Eriqa si pembawa cahaya kasih sayang. Foto Siti dalam persalinan lengkap adiwira itu dikongsi di laman Instagramnya selain sedutan babak di sebalik tabir di lokasi.

“Saya sejak dari kecil nak jadi superhero. Dulu semua jalan cerita sudah ditentukan pihak produksi, baru sekarang dapat lagu yang boleh disesuaikan dengan watak adiwira seperti diimpikan. Lagipun tiba masa untuk cuba kelainan dalam klip video yang tidak hanya menunjukkan sisi cantik semata.

“Alhamdulillah proses menyempurnakan klip video single pertama album Simetri berjalan lancar. Dalam hanya satu hari perbincangan untuk semua aspek, segalanya dipermudahkan daripada segi wardrobe, topeng dan koreografi,” ceritanya.

DATO SITI NURHALIZA (8)-3

Tambahnya lagi, untuk lebih menjiwai watak superhero, jurulatih pertahanan diri campuran (MMA), Ann Osman turut berada di lokasi untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar.

“Ann Osman adalah MMA fighter Malaysia, dia hanya datang pada hari penggambaran sahaja untuk melicinkan proses penggambaran. Cabaran untuk menjayakan klip video ini adalah untuk berlagak dan ada karakter superhero yang sentiasa kental setiap masa, dalam setiap babak,” terang Siti lagi.

Siti ditemui ketika pelancaran  tudung Ariani Luxe di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Jenama tudung terkemuka itu juga mengumumkan penyanyi kesayangan Malaysia itu sebagai Ikon Ariani Luxe manakala pelakon Bella Dally sebagai Duta Ariani Luxe.

SitiNurhaliza_bellaDally

Foto : Farid Mad Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid