Advertisement
Advertisement
Naz Wujudkan Komuniti Makan JJCM
April 29, 2017
Dato’ Siti Nurhaliza Nafi Tutup Pintu Rezeki Orang Lain
May 3, 2017

Hazama Yakin Balqis Ada Masa Depan

By : Faris Othman

Setelah beberapa minggu tiada penyingkiran dilakukan, protégé Hazama, Balqis kecundang di pentas semi final Mentor Milenia 2017 sekaligus menjadikan hanya empat protégé Syeera, Elica, Along dan Usop yang akan berentap di peringkat akhir.

Biarpun mendapat komen positif daripada juri tetap Dato Hattan, Balqis yang menyanyikan Kau atau Aku (Elyana) dan Jangan Pikiran Abang (Firman) bagaimanapun masih gagal meraih markah yang cukup untuk mara ke minggu akhir.

Hazama yang ditemui dalam sidang media selepas konsert itu menyatakan anak didiknya itu walaupun tidak melayakkan diri, namun dia percaya Balqis boleh bertahan lama dalam industri kerana bakatnya yang serba boleh.

balqis_semifinal

“Saya secara jujurnya sedih tidak dapat bawa dia ke final sebab saya rasa dia layak. Apa yang dia tunjukkan sebelum ni seperti menari, minggu ini bermain instrumen, semua tugasan yang saya berikan, dia sampaikan dengan baik.

“Saya buka mata orang ramai tentang bakat yang dia ada. Saya rasa anak seni macam inilah patut ada untuk masa depan dalam industri. Pada saya dia adalah penghibur. Penghibur tidak semestinya bergantung pada suara semata, persembahan juga penting,” terang Hazama.

Tambahnya lagi, Balqis ada masa depan yang cerah dalam industri kerana dia telah menggilap pakej yang ada dalam diri anak didiknya yang mampu mencuri hati audiens dan tidak menolak kemungkinan Balqis untuk bergelar pelakon dengan bakat yang ada.

Konsert akhir Mentor Milenia 2017 akan disiarkan secara langsung pada 7 April, jam 9 malam di TV3. Undian untuk protégé kegemaran anda boleh dibuat di www.tv3.com.my/mentormilenia.

 

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid