Advertisement
Advertisement
Hazama Yakin Balqis Ada Masa Depan
May 2, 2017
Hazama Anggap Usop Sudah Menang
May 3, 2017

Dato’ Siti Nurhaliza Nafi Tutup Pintu Rezeki Orang Lain

By : Nani Ramlee

Penyanyi tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza menafikan pembabitannya dalam bidang perniagaan mampu mengugat mahupun menjejaskan periuk nasi orang lain.

Menurut pelantun lagu ‘Jaga Dia Untukku’ itu, setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing, begitu juga dirinya sebagai seorang selebriti.

“Tidak dinafikan artis mempunyai kelebihan kerana mereka ada pengikut yang ramai. Namun, setiap orang ada kelebihan dan kreativiti masing-masing.

Jika ini rezeki yang Allah bagi, kita gunakan kesempatan ini. Jadi, tidak timbul isu saya menutup rezeki orang lain,” ujarnya yang menganggap ia sebagai satu persaingan yang sihat.

“Bagi saya, selagi ada peluang dan kesempatan untuk berniaga, kita buat dan ambil peluang itu,” katanya lagi.

Dato’ Siti ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen label Creation by Siti Nurhaliza Anugerah Aidilfitri 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada majlis tersebut, Dato’ Siti turut memperkenalkan dua koleksi istimewa daripada label fesyen miliknya merangkumi 40 rekaan dari The Nostalgia Series serta 15 rekaan dari The Premium Series. Koleksi Creacion by Siti Nurhaliza Anugerah Aidilfitri 2017 bakal berada di pasaran bermula 10 Mei depan.

Creasio'n By Siti Nurhaliza (99)

Foto : Farid Mad Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid