Advertisement
Advertisement
Dato’ Siti Nurhaliza Angkat Gaya Saloma
May 5, 2017
Mentor Milenia – Elica Bawa Pulang RM100,000
May 8, 2017

Fazura Ajak Fattah Amin Dating

By : Nani Ramlee

Aktres jelita, Fazura mengakui sudah bersedia jika digosipkan dengan Fattah Amin yang merupakan gandingannya dalam drama adaptasi novel, Hero Seorang Cinderella. Menurut anak seni berusia 33 tahun itu, sudah menjadi lumrah biasa dalam dunia seni lakonan tanah air apabila seseorang pelakon yang bergandingan dalam sesebuah drama itu akan dikaitkan bersama.

“Bagi saya gosip itu adalah perkara biasa dalam dunia artis. Lagipun, saya masih single dan saya rasa dia juga masih single. Jadi, apabila digandingkan bersama, pasti akan ada orang yang nak gosipkan atau jodohkan. Tapi kenyataannya, selepas habis penggambaran, semua akan membawa haluan masing-masing.

“Sekarang ini kami sedang menjalani penggambaran bersama, jadi kami akan bekerja secara profesional,” tutur Fazura sewaktu ditemui pada majlis pelancaran lagu duetnya bersama penyanyi R&B Filipina, Jason Dy berjudul Nothing Like Pag Ibig di Redbox The Gardens pada Rabu.

Fazura_Redbox

Berkongsi mengenai lakonannya dalam drama arahan Michael Ang, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini berkata, pada mulanya agak sukar untuk dia membina keserasian dengan Fattah, namun selepas meluangkan banyak masa bersama, mereka berdua dapat mewujudkan keserasian bagi watak yang dijayakan.

“Bukan senang nak cari keserasian, jadi kami banyak meluangkan masa bersama di lokasi. Saya juga ada cakap dengan dia yang kita kena ‘dating’. Mungkin orang ingat saya nak menggatal, tapi sebelum ini saya juga buat perkara yang sama dengan Keith Foo sewaktu berlakon dalam Langit Cinta. Bagi saya, itu cara yang sesuai untuk mencari keserasian.

“Namun, bukan maksud saya ‘dating’ bercinta, tapi ‘dating’ di set dengan meluangkan masa bersama untuk study watak, buat rehearsal bersama, bincang skrip atau sebagainya. Semua ini hanya dibuat untuk membina chemistry. Nanti kalau tak ada keserasian orang akan mengata, ada chemistry pun orang mengata, jadi mana yang satu orang nak?,” ujarnya lagi sambil diminta mengulas mengenai tanggapan segelintir pihak yang melabelkan Fattah sebagai pelakon kayu.

“Secara jujurnya, masa hari pertama penggambaran, kami berdua sama-sama berdebar. Lama-lama saya beranikan katakan yang dia bukan pelakon kayu. Dia mempunyai bakat yang tinggi, cuma mungkin dia takut nak keluarkan.

“Mungkin juga dia berasa insecure dengan kata-kata orang sebelum ini di mana perkara itu mungkin turut menjejaskan kredibiliti dia sebagai seorang pelakon. Apapun, drama ini akan banyak membuktikan dirinya sebagai seorang pelakon yang bagus,” katanya mengakhiri perbualan.

Foto : Farhan Mad Noh

 

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid