Advertisement
Advertisement
Usop Juara Di Hati Penyokong
May 9, 2017
Ogy Ahmad Daud Jual Sambal Goreng Seniwati Saadiah
May 11, 2017

Atilia Teruja Dengan Pelancaran Aplikasi Wanita

By : Nani Ramlee

Penyanyi popular tanah air, Atilia Haron melahirkan rasa teruja dengan pelancaran aplikasi terbaru, Wanita yang merupakan aplikasi kecergasan wanita pertama di Malaysia. Menurut pelantun lagu Indah ini, Wanita merupakan platform yang bagus untuk golongan wanita di luar sana yang mungkin malu untuk ke kelas ataupun gimnasium bagi melakukan senaman.

“Sebelum ini ramai yang datang kepada saya terutamanya wanita Melayu dan memberitahu mereka takut untuk melakukan yoga. Kebanyakan mereka memberi alasan kerana malu dan tidak selesa melakukan senaman ini di tempat umum.

“Justeru, saya sangat gembira dan teruja kerana akhirnya ada juga aplikasi seperti ini. Dengan adanya aplikasi Wanita ini, ia membantu memudahkan lagi seseorang itu untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat selepas ini,” tuturnya teruja sewaktu ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Wanita di Blokke Café, Citta Mall pada Selasa.

Memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam senaman yoga, jurulatih yoga serta pemilik studio Yogaonethatiwant ini turut berkongsi rutin senaman yoga menerusi video tutorial di aplikasi Wanita.

Wanita_launch

Atilia bersama jurulatih lain & pengurusan Media Prima Labs di majlis pelancaran aplikasi ini pada Selasa lalu.

“Saya akan buat pergerakan asas yang boleh diikuti oleh semua orang untuk mereka meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan mereka. Semestinya agak berbeza antara berguru berdepan dan melihat video tutorial, namun ini adalah satu permulaan dan pengenalan untuk seseorang itu berjinak dalam yoga dan memahami asas rutin ini. Menerusi aplikasi ini juga, mereka akan menerima banyak informasi berguna mengenai rutin kecergasan bukan sahaja daripada saya, malah juga daripada pakar kecergasan yang lain,” ujar Atilia yang sudah mempunyai 10 cawangan studio Yogaonethatiwant di sekitar Lembah Klang dan Kuching, Sarawak.

Selain Atilia, aplikasi Wanita turut menampilkan beberapa selebriti terkenal serta pakar kecergasan tanah air daripada rutin berbeza antaranya Nana Al Haleq, Murad Zaidi, Ais Rashid, Ruzaiyati Ahmad, Hanif Shawn dan Dhiya Aizat. Pengguna boleh mengikuti serta mempelajari dengan mudah pelbagai video kecergasan merangkumi rutin seperti yoga, lean body, tarian kecergasan (Zumba) dan senaman High-intensity interval training (HIIT).

Aplikasi Wanita Tawar Kandungan Eksklusif

Diperkenalkan Media Prima Digital menerusi inkubatornya, Media Prima Labs, Wanita menawarkan pelbagai kandungan video menarik serta tips dan informasi berguna berkaitan kesihatan, pemakanan sihat, gaya hidup serta penjagaan diri luar dan dalam kepada pengguna.

“Aplikasi Wanita merupakan one-stop centre buat para wanita di luar sana yang ingin melakukan aktiviti kecergasan tetapi dibataskan oleh waktu dan masa yang tidak mengizinkan. Pemilihan jurulatih dengan kepakaran masing-masing dibuat dengan teliti bagi memudahkan pengguna mempelajari teknik senaman dan rutin kecergasan dengan betul sekaligus membawa perubahan terhadap gaya hidup mereka,” kata Pengurus Besar Kanan, Media Prima Labs dan Operasi, Nicholas Sagau.

Nicholas_Fara

Pengurus Besar Kanan, Media Prima Labs dan Operasi, Nicholas Sagau & Pengurus Produk, Nurul Faradilla Afandi yakin aplikasi ini mendapat sambutan.

Selain video tutorial, aplikasi Wanita turut membawakan tips serta artikel-artikel berkaitan gaya hidup merangkumi fesyen, kecantikan dan kesihatan.

Pengguna juga boleh mendapatkan kandungan premium Wanita pada harga RM7.90 menerusi pembelian in app untuk langganan bulanan. Kandungan premium menawarkan video tutorial yang lebih eksklusif antaranya rutin Yoga Sticks, Back Roller Theraphy dan Fat Blaster. Aplikasi Wanita boleh dimuat turun secara percuma di platform Google Play Store bagi pengguna Android dan Apple Store untuk pengguna iOS.

Foto : Shareza Shafiee

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid