Advertisement
Advertisement
Fasha Sandha Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
May 15, 2017
Isu Video Side-Boobs, Izara Mohon Maaf
May 16, 2017

Fattah Amin Anggap Kutukan Sebagai Motivasi

By : Faris Othman

Bintang Paling PopularAnugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0, Fattah Amin menyifatkan segala kutukan yang dilemparkan kepadanya adalah motivasi yang penting untuk meningkatkan prestasi diri dalam dunia seni.

Kemunculan untuk pertama kali menerusi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ yang mengundang pelbagai kecaman kerana lakonannya yang ‘kayu’ masih segar diingatannya sebagai tempoh pembelajaran yang panjang dan berliku.

“Masa saya keluar TV dalam drama itu, saya baca sendiri komen kritikan di media sosial malahan depan-depan juga pernah dikutuk pelakon kayu. Bagi saya untuk saya ke tahap hari ini, bukanlah senang seperti disangka.

“Kalau ada yang tak tahu, sebelum berlakon pun saya bermula sebagai krew belakang tabir Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam sebagai propsman. Saya tahu susah payah bekerja di belakang tabir macam mana. Selepas itu barulah saya sertai Hero Remaja.

“Kerjaya lakonan saya bermula tanpa pengalaman langsung serta tanpa asas dalam lakonan. Berlakon, menyanyi dan kemudiannya keluarkan buku semuanya kena kutuk, sampailah ke tahap hari ini,” katanya yang ditemui di belakang pentas ABP pada Ahad.

Menurutnya lagi, segala kritikan, kecaman dan komen negatif adalah apa yang perlu dibayar untuk meraih kejayaan manis yang dimiliki sekarang.

“Kepuasan dan kejayaan hari ini adalah hasil kerja keras dan komen membina yang membuatkan saya rasa perlu lebih memerah tenaga bagi meraih kejayaan seperti hari ini. Alhamdulillah. Kalau dulu masa awal kehadiran saya dipuji, saya tak akan sampai ke tahap ini,” tuturnya optimis.

Selain anugerah utama berkenaan, Fattah juga membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Gandingan Serasi Drama (bersama Neelofa) dan Artis Sensasi.

Foto : Farid Mad Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid