Advertisement
Advertisement
Isu Video Side-Boobs, Izara Mohon Maaf
May 16, 2017
Penantian 18 Tahun Siti Nordiana Berakhir
May 17, 2017

Fazura Tak Ambil Kisah Dengan #fattzura

By : Nani Ramlee

Biarpun belum ditayangkan di kaca televisyen, namun gandingan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin menerusi drama Hero Seorang Cinderella sudah pun menjadi bualan hangat di kalangan peminat. Jika sebelum ini viral dengan #lofattah, kini peminat mewujudkan pula #fattzura.

Sehingga tarikh 12 Mei, sudah terdapat hampir 13,000 pos menggunakan #fattzura di laman Instagram biarpun masih berbaki 10 hari lagi sebelum ditayangkan di saluran Astro Ria. Bukan setakat itu sahaja, di kalangan peminat juga sudah ada yang mula membandingkan pasangan Fattah sebelum ini iaitu Neelofa dengan Fazura.

“Sebenarnya, saya tak ambil kisah sangat tentang hashtag-hashtag ini sebab memang banyak sangat. Apapun, saya bersyukur kerana ramai orang sokong drama ini dan looking forward nak tonton drama ini,” ujar Fazura sambil mengulas tentang segelintir peminat yang membandingkannya dengan Neelofa.

“Saya rasa terlalu cepat sangat untuk bandingkan kerana drama ini pun belum keluar lagi. Mungkin yang banding-bandingkan ini jenis yang suka mencari silap. Mungkin mereka ini pembenci dan orang sebegini selalunya belum tengok apa-apa lagi, namun dah ada imaginasi tinggi.  Bagi saya, terpulang kepada mereka.”

HeroSeorangCinderella

Berkongsi mengenai pengalaman berlakon dalam drama arahan Michael Ang ini, Fazura memberitahu drama ini sangat mencabar memandangkan penonton terutamanya peminat novel meletakkan harapan yang tinggi untuk drama tersebut.

“Seluruh pelakon memegang tanggungjawab yang besar dan berat. Ini kerana penonton terutama pembaca novel meletakkan harapan tinggi untuk watak Nura Medina. Jadi untuk memenuhi kepuasan penonton memang sedikit tertekan.

Memang penat lebih-lebih lagi banyak sangat dugaan, jadi saya kena kuat. InsyaAllah, setiap dugaan yang berlaku itu pasti akan ada kebaikan,” katanya yang pertama kali bekerjasama dengan Fattah dan juga pengarah Michael Ang.

“Ini kali pertama saya bekerja dengan Michael Ang. Saya seronok bekerjasama dengan kesemua pelakon dan kru. Bagi saya, pelakon–pelakon lain membawakan watak mereka dengan bagus sekali. Mengenai watak saya pula, ini kali pertama saya membawa karakter yang mempunyai perwatakan kasar. Biasanya orang akan ingat Cinderella watak yang lembut, baik hati, tapi untuk watak Nura Medina, dia seorang yang agak kasar sedikit,” jelas Fazura lagi.

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid