Advertisement
Advertisement
Izara Aishah Ketepikan Status Irwansyah
May 17, 2017
Neelofa Bakal Jadi Speaker Antarabangsa
May 18, 2017

Eyka Farhana Akui Susah Nak Menonjol

By : Nani Ramlee

Pelakon Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi akur namanya tidak berapa dikenali biarpun sudah 6 tahun berada di dalam industri seni tanah air. Gadis berusia 22 tahun ini tidak menafikan sering ditawarkan watak ringan dan karakter remaja merupakan salah satu faktor dia sukar menyerlah.

“Saya selalu terfikir kenapa sampai sekarang orang masih bagi watak budak sekolah kepada saya. Bukannya mahu menolak rezeki, namun saya akui susah hendak menonjol. Kalau boleh saya nak watak yang lebih matang agar orang dapat lihat sisi berbeza lakonan saya.

Saya harap sangat orang dapat bagi kepercayaan kepada saya kerana saya tak nak tahap karakter saya sampai di situ sahaja. Apapun, saya ambil positif perkara ini dan anggap ini rezeki Allah untuk saya yang bertubuh kecil,” kata Eyka sewaktu ditemui pada sesi fotografi di Bilik Mojo, Sri Pentas 3.

Menurut pelakon drama Ema Emyliana ini, lambakkan pendatang-pendatang baru juga sedikit sebanyak memberi cabaran buatnya untuk terus kekal bersaing. Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang ini.

“Saya sangat yakin dengan bakat yang ada pada diri saya. Namun, saya tidak tahu rezeki saya sampai tahap mana. Kalau penonton masih terima bakat saya, saya akan terus mencurahkan bakat yang ada,” ujarnya lagi.

eyka farhana (6)

Berkongsi mengenai perkembangan karier seninya, pelakon drama Juvana ini memberitahu akan muncul dengan drama Bahagia Kasihmu di slot Zehra pada 8 Jun nanti.

“Dalam drama ini saya memegang watak sebagai Tasnim. Dia datang dari kampung dan seorang perempuan yang baik. Namun, disebabkan terpengaruh dengan kawan baru, dia berubah menjadi orang lain dan masuk ke sekolah budak jahat,” kongsi Eyka.

Selain Eyka, drama terbitan A. Aida Productions ini turut dibintangi oleh Fezrul Khan, Farisha Irwayu, Zaidi Omar, Afifah Nasir, Qazem Nor, Tisha Shamsir, Fazlina Ahmad Daud, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.

Foto : Farid Mad Noh

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid