Advertisement
Advertisement
Eyka Farhana Akui Susah Nak Menonjol
May 17, 2017
Mamat Khalid Minta Nasihat Mufti Perak
May 18, 2017

Neelofa Bakal Jadi Speaker Antarabangsa

By : Faris Othman

Kejayaan demi kejayaan diraih wanita bernama Noor Neelofa Mohd Noor, berikutan dipilih sebagai penghias muka depan majalah Forbes Asia keluaran Mei,terbaru, dia diundang majalah itu untuk ke sidang kemuncak di Manila, Filipina, Julai ini.

“Saya diundang untuk menjadi salah seorang speaker bagi memberi talk berkenaan bagaimana memecah stereotaip dalam kalangan wanita di zaman sekarang.

“Undangan tersebut merealisasikan impian saya untuk menjadi speaker di peringkat antarabangsa setelah sekian lama. Bila dapat peluang ni, saya tahu ini peluang yang tak boleh disia-siakan.

“Saya akan ke sana bagi memberi memberi pandangan dan pendapat mengenai stereotaip wanita zaman sekarang yang selalunya selepas berkahwin, tidak bekerja dan hanya fokus kepada rumah tangga, namun pada hari ini sangat lain.

“Ramai wanita yang berpengaruh di luar sana yang mempunyai pencapaian luar biasa dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk sama menggapai kejayaan,” katanya yang menambah dengan platform majalah bisnes popular itu, dia mengharapkan suaranya lebih didengari dan mendapat perhatian khalayak lebih luas.

Mengulas kemenangannya bagi 3 kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 tempoh hari, pemenang Pengacara TV Popular, Artis Berpengaruh Laman Sosial dan Gandingan Serasi Drama (bersama Fattah) ini nyata tidak seyakin seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Sejujurnya saya tak sangka akan menang lagi kerana tak sempat langsung untuk berkempen selain kedua-dua kategori lelaki wanita yang dicampur, apa-apa saja boleh jadi. Malahan bila guna platform online, keputusan dilihat lebih telus kerana kita sendiri tidak tahu siapa yang mengundi,” akhirinya.

Foto : Farid Mad Noh

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid