Advertisement
Advertisement
Fouziah Gous Hamil 14 Minggu
May 19, 2017
Juliana Evans Sesuaikan Diri Kehidupan Istana
May 22, 2017

Zaquan Adha Tolak Watak Hero Kerana Malu

By : Nani Ramlee

Pemain bola sepak negara, Zaquan Adha menafikan dirinya sudah tidak laku dalam dunia bola sepak tanah air apabila dia kini mula menjinakkan diri dalam bidang hiburan.

Jelas pemilik nama Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak ini, video gandingannya bersama Elfira Loy yang dimuat naik di Instagram TV3 Malaysia dua hari lalu hanyalah teaser untuk memperkenalkannya sebagai salah seorang duta bagi kempen Ramadan Raya 2017 Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu ‘Terima Kasih’.

“Selepas keluar teaser itu, ramai yang tanya saya dah berlakon ke? Ada juga mulut orang yang cakap saya dah tak laku ke main bola? Di sini saya ingin menjelaskan, Alhamdulillah karier saya dan rezeki saya masih lagi dengan bola sepak,” jelas Zaquan.

Tambah pemain bola sepak Perak ini, kerjaya bola sepak tetap menjadi keutamaan serta punca rezekinya dan mengakui jadual padat sebagai bintang sukan membuatkan dia tidak terfikir untuk melebarkan saya dalam bidang lakonan.

“Masa itu satu hal, cuma keutamaan saya adalah bola. Saya memang tak ada bakat berlakon. Saya tengok isteri saya berlakon pun, memerlukan komitmen tinggi sebab kena keluar pagi dan balik malam. Jadi, kalau ada yang tanya saya nak berlakon atau tidak, kalau untuk masa sekarang, jawapan saya mungkin tidak.

Tapi in future, saya tidak tahu. Yang pasti buat masa sekarang, mungkin tidak kerana saya memang pemalu. Berlakon dengan isteri di rumah pun tak boleh sebab saya memang tak pandai nak buat reaksi muka. Dia ada juga ajar, tapi saya malu. Jadi, saya tak rasa diri saya berbakat dengan bidang lakonan. Inipun saya hanya cuba untuk iklan sebab syot iklan lebih simple,” tuturnya lagi.

Zaquan_ayuRaudhah

Pelakon Ayu Raudhah yang turut menemani suaminya pada majlis tersebut turut memberitahu bahawa suaminya itu ada banyak menerima tawaran berlakon, namun terpaksa menolak kerana jadual sebagai pemain bola sepak yang sangat padat.

“Zaquan pernah ditawarkan untuk drama ratusan episod dan juga filem. Dia dapat banyak tawaran berlakon termasuklah watak sebagai hero, tapi dia terpaksa tolak. Bayangkan jadual sebagai duta pun dia tak dapat nak penuhi, inikan pula jadual lakonan yang mengambil masa lama,” ujar Ayu yang kini sedang sarat mengandung anak ketiga mereka.

Selain Zaquan, pelakon Elfira Loy, Ayda Jebat, Redza Rosli dan Mira Filzah juga merupakan barisan duta Kempen Terima Kasih 2017. Menyentuh mengenai tawaran sebagai duta Kempen Terima Kasih, pemain bola sepak berusia 29 tahun itu memberitahu, dia menerima tawaran tersebut kerana merasakan ia adalah satu kempen yang bagus untuk mendidik masyarakat tentang erti Terima Kasih.

“Saya dapat tawaran sebagai duta sekitar Februari lalu. Saya terima tawaran ini sebab ia satu kempen yang baik. Untuk berterima kasih kepada orang bukan saja dari segi ucapan, tapi juga dalam bentuk perbuatan dan itu lebih bermakna. Bagi saya, kempen ini bagus sebab dapat didik masyarakat untuk hargai dan berterima kasih kepada orang lain,” ujarnya yang bakal terlibat dengan beberapa aktiviti di Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid.

Kredit foto : Instagram Zaquan Adha

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid