Advertisement
Advertisement
Ifa Raziah Perjelas Layanan Dingin Di Negara Jiran
May 22, 2017
Zahirah MacWilson Alami Kejutan Budaya
May 23, 2017

Siti Nordiana Tidak Pedulikan Gosip

By : Faris Othman

Penyanyi Siti Nordiana memilih pendekatan tidak terlalu mengambil kisah mengenai gosip liar atau cerita sumbang yang mudah tersebar di laman sosial hari ini. Pengalaman hampir dua dekad menjadi anak seni benar-benar mematangkannya berhadapan dengan asam-garam dunia seni.

“Saya dah bersedia untuk menerima apa saja. Cerita-cerita tak baik pasal saya, saya dah dengar dari umur 15 tahun lagi. Dari awal kemunculan jadi artis, sampai sekarang, semuanya tetap sama keadaannya. Jadi saya boleh tanganinya tanpa ada masalah.

“Bagi saya, saya tak suka panjang-panjangkan isu yang ada. Kalau ada mana-mana pihak yang terasa hati dengan saya, saya akan minta maaf cepat-cepat. Saya tak akan screen capture dan masukkan dalam Instagram dengan kapsyen bercerita kepada pengikut,” katanya.

Ujarnya, sudah menjadi lumrah menjadi artis, adalah mustahil untuk membuatkan semua orang menyukai kehadirannya dalam industri. Prinsipnya mudah, jika tidak memudaratkan, dia lebih senang membiarkan apa sahaja gosip tanpa perlu melatah.

“Bagi saya, semua penyanyi, pelakon atau selebriti ada haters mereka sendiri. Walau baik macam mana sekalipun, mesti ada orang yang tak suka dengan dia. Macam tu jugalah saya.

“Kalau ada gosip, saya biarkan saja. Selagi tak memalukan diri dan menjatuhkan nama Siti Nordiana, saya akan berdiam diri tak ambil apa-apa tindakan. Kenapa nak bagitau semua orang masalah kita kan? Biarlah Instagram saya hanya dipenuhi dengan positiviti sahaja,” katanya.

Nana baru-baru ini merangkul trofi Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 mengalahkan empat calon lain antaranya Amira Othman, Ayda Jebat, Stacy dan Wany Hasrita.

Foto : Farid Mad Noh

 

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid