Advertisement
Advertisement
Fikry Ibrahim Tidak Bermaksud Aibkan Sesiapa
May 24, 2017
Awal Ashaari Nafi Manjakan Lara Alana
May 25, 2017

Datuk Nassier Wahab Terima Banglo Sebagai Hadiah Hari Jadi

By : Nani Ramlee

Pelantun lagu ‘Memori Cinta Luka’, Datuk Nassier Wahab bersyukur apabila dilantik sebagai duta bagi syarikat hartanah DBI Technology. Tidak hanya dilantik sebagai duta, penyanyi berusia 55 tahun ini turut bertuah apabila menerima sebuah banglo bernilai RM150,000 daripada syarikat yang dimiliki Datuk Boy Iman itu.

“Alhamdulillah, banglo dan pelantikan sebagai duta ini merupakan hadiah paling bermakna bagi ulang tahun kelahiran saya yang ke-55 tahun pada 18 April lalu. Tugas saya lebih kepada mempromosi pakej perumahan baru dan mampu milik untuk pelanggan.

Saya pun sudah 20 tahun mengenali Datuk Boy Iman selaku orang penting kepada DBI Technology. Beliau kawan lama saya dan sambil membantu perniagaannya, dapat juga membantu mempromosikan apa yang diusahakannya,” katanya yang menerima banglo yang terletak di Kapar, Klang, Selangor.

Mengikat kontrak selama dua tahun, perlantikan Nassier disifatkan sebagai satu usaha untuk menyuntik semangat masyarakat terutama golongan bumiputera untuk membeli rumah sendiri pada fasa yang lebih awal.

NaseerWahab

Datuk Nassier Wahab bersyukur apabila dilantik sebagai duta bagi syarikat hartanah DBI Technology.

“Dalam hal ini, kita berusaha mendidik masyarakat untuk membeli rumah pada usia yang muda. Jangan tunggu usia lewat baru nak memiliki rumah sendiri kerana rumah itu adalah aset dan keperluan. Jadi, jangan kita ambil mudah soal membeli rumah ini,” katanya.

Tambah penyanyi dengan nama penuh, Mohd Nasir Abdul Wahab yang sudah 32 tahun bergelar anak seni itu, sepanjang kontrak diikat, beliau akan terbabit dengan komitmen yang diaturkan oleh pihak DBI Technology.

“Ketika ini saya dimaklumkan ada penyertaan DBI Technology dengan beberapa acara dan karnival perumahan yang dianjurkan di beberapa buah negeri dan lokasi. Saya juga tak kisah untuk turun padang. Ia ruang saya mendekatkan diri dengan peminat sekali gus berpeluang menyeru serta menarik perhatian untuk beli rumah,” tuturnya mengakhiri bicara.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid