Advertisement
Advertisement
12 Info Menarik Tentang Redza Rosli
May 25, 2017
”Saya Besarkan Badan Untuk Yusuf” -Hairul Azreen
May 26, 2017

‘Andainya Takdir’ Lain Daripada Lain

Andainya Takdir adalah sebuah drama bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang 16 episod yang diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn Bhd di bawah arahan saudara Along Kamaludin. Drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi dan Adiba Yunus.

Menurut pengarahnya, Along Kamaludin, drama ini berbeza dengan drama-drama Samarinda yang lain kerana ia mengangkat tema kekeluargaan berbanding percintaan. Malah ia juga menggabungkan pelakon-pelakon lama dan baharu.

“Drama Andainya Takdir ini berbeza dengan drama-drama Samarinda lain kerana ia lebih bertemakan kekeluargaan. Gabungan pelakon-pelakon baharu dan lama serta perbezaan umur yang jauh juga merupakan tarikan drama ini. Terutamanya apabila kita tampilkan pelakon kanak-kanak hebat seperti Puteri Balqis untuk bergabung dengan pelakon handalan seperti Shukri Yahaya.

Selain itu, kekuatan drama ini terletak pada jalan cerita itu sendiri yang idea asalnya daripada Dato A. Aida. Pihak produksi jamin drama 16 episod ini sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai kemanusiaan. Saya harap drama ini menjadi pilihan penonton untuk sepanjang bulan Ramadan ini,” ujar Along.

Andainya Takdir Poster

Andainya Takdir ini mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahaya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang tidak disukai akan mengundang belasahan Airil.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya.

Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat.

Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid