Advertisement
Advertisement
12 Info Menarik Tentang Zahirah MacWilson
May 29, 2017
Terima Kasih Kempen Ramadan Raya Terbaharu MPTN
May 30, 2017

Drama Istimewa Sempena Ramadan di TV3

Susunan : Nani Ramlee

Tidak lengkap rasanya kehadiran Ramadan tanpa drama-drama menarik di TV3 dan TV9. Bertemakan Terima Kasih, Rangkaian Televisyen Media Prima menawarkan pelbagai drama-drama hebat sebagai tanda terima kasih kepada penonton setia.

Jika dihitung terdapat 10 drama yang boleh dijadikan pilihan, namun Tonton Extra memilih 4 drama berikut untuk dihayati. Ini kerana drama-drama berikut punya nilai-nilai positif yang mampu membawa penonton memahami pengertian Ramadan.

IRIS TV3: BUDAK IJAT (DITAJA OLEH DUMEX DUGRO)

Tarikh                   : 17 Mei – 22 Jun 2017

Masa Siaran        : Isnin – Khamis, 6.30 petang, 22 episod

Produksi              : Radius One

Pelakon                : Adam Mika, Azhan Rani, Amy Mastura, Kaza, Noryati Taib

SINOPSIS:

Ijat berniat untuk melakukan banyak pahala pada bulan Ramadan tahun ini. Namun, setiap perkara yang dilakukannya pasti bertukar menjadi huru-hara. Orang kampung terutamanya Tok Mat melihat Ijat sebagai seorang pendatang masalah. Lebih mengeruhka keadaan, bapanya, Razak telah dibuang kerja tanpa sebarang alasan yang kukuh. Ibunya, Fatimah pula sentiasa sibuk menerima tempahan jahitan dan mula mengabaikan keluarganya. Saksikan gelagat Ijat yang pastinya mencuit hati!

INSPIRASI RAMADAN (TV3)

Tarikh                    : 28 Mei – 18 Jun 2017

Masa Siaran        : Sabtu, 11.00 malam, 4 episod

Produksi              : A.Aida Production

Pelakon                : Fasha Sandha, Azrel Ismail, Sabhi Sadhi, Faye Kusairi, Balkisyh Semundur Khan, Ustaz Safwan

SINOPSIS:

Ikuti kisah benar kehidupan sebagai seorang Da’i, pemandu Uber, pemandu pelancong, tukang gunting rambut di penjara dan lain-lain dalam “Inspirasi Ramadan”.Antara tajuk bagi setiap episod adalah Maafkan Aku Ibu, Suamiku Mat Salleh, Jalan Taubat, Pintu Syurga, Ubat Kuat, Rajuk Hatiku, Isteri Kedua dan Ampunilah Aku Ayah.

KIAS RAMADAN (TV3)

Tarikh                    : 28 Mei – 25 Jun 2017

Masa Siaran        : Ahad, 9.00 malam, 5 episod

Produksi              : Primeworks Studios

Pelakon                : Hj. Mohd Noor (Moderator), Zara Zya, Hafidz Roshdi, Mubarak Majid, Mustaqim Bahadon, Gambit, Dira Abu Zahar, Wan Raja, Sasqia Dahuri, Haryanto, Da’i Syed

SINOPSIS:

Kias Ramadan ialah sebuah program yang akan memaparkan beberapa drama pendek yang berkaitan dengan perkara-perkara yang berlaku ketika bulan Ramadan tiba. Program ini mengandungi nilai moral yang baik dan memberi ilmu kepada para penonton untuk melakukan perkara yang baik dalam kehidupan. Setiap episod yang ditayangkan mempunyai dua drama pendek.

PANASONIC KETUPAT RENDANG BROWNIES COKLAT  (DITAJA OLEH PANASONIC)

Masa Siaran/Tarikh         : Khamis, 6.00 petang, 25 Mei – 15 Jun  (TV3)

Pelakon                               : Rashidi Ishak, Rita Rudaini, Khatijah Tan, Mior Hisyam Manap, Habil Lutfillah, Khayrisyah Kemal

SINOPSIS:

Zaid dan keluarganya sudah hampir tiga tahun tidak beraya di kampung. Ibu bapa Zaid, Wan dan Tok Wan amat merindui cucu-cucu mereka. Namun, tahun ini tidak dapat dikecualikan kerana isteri Zaid, Elyna amat sibuk dengan pekerjaannya. Apabila Zaid memberitahu ibu bapanya bahawa mereka tidak dapat balik kampung, Wan bernekad untuk membuat kejutan di Bandar bersama Tok Wan. Walaupun kehadiran mereka tidak disambut mesra oleh Elyna, Wan tidak berputus asa dan menyediakan masakannya yang paling istimewa, iaitu rendang yang dimasak dengan penuh kasih sayang.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid