Advertisement
Advertisement
Drama Istimewa Sempena Ramadan di TV3
May 30, 2017
Hairul Azreen Anggap Anak & Isteri Pembuka Rezeki
May 31, 2017

Terima Kasih Kempen Ramadan Raya Terbaharu MPTN

Ungkapan Syukur Selalu cukup sinonim dan menjadi identiti popular bagi kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN). Masih mengekalkan Syukur Selalu, MPTN kali ini memperkenalkan Terima Kasih untuk kempen Ramadan Raya terbaharu mereka sebagai inisiatif baru bagi memperkukuhkan lagi pengisian program tahun ini.

“Syukur Selalu sudah menjadi nadi bagi kempen Ramadan Raya kami di MPTN. Sebagai stesen terbaik dalam negara, kami sentiasa menampilkan program dan kempen terbaik khas buat para penonton setia kami.

Jika Syukur Selalu mendidik kita untuk sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima, tahun ini menerusi kempen Terima Kasih, kami ingin menekankan kepentingan untuk berterima kasih yang dapat mewujudkan keharmonian dalam hidup,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid.

Pada sidang media yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental baru-baru ini, MPTN turut memperkenalkan duta kempen mereka iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli, Mira Filzah, Elfira Loy dan juga personaliti sukan Zakuan Adha. Penyanyi popular Faizal Tahir serta Aizat Amdan pula diberi mandat untuk menyanyikan lagu berjudul ‘Terima Kasih’ yang dicipta khas bagi kempen ini.

KUALA LUMPUR 17 MAY 2017. Duta-duta Program Ramadan TV3 & TV9 pada majlis pelancaran Program Ramadan TV3 dan TV9 di Hotel Mandarin Oriental. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

KUALA LUMPUR 17 MAY 2017. Duta-duta Program Ramadan TV3 & TV9 pada majlis pelancaran Program Ramadan TV3 dan TV9 di Hotel Mandarin Oriental. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Selain itu, personaliti TV3 & TV9 iaitu Uyaina Arshad, Fakhrul Radhi, Zainal Ariffin dan Fiza Sabjahan pula menggalas tugas sebagai Duta Skuad Terima Kasih. Pemilihan kesemua duta dibuat berdasarkan penglibatan mereka dalam program dan juga drama yang disiarkan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Selain menjadi wajah kempen Terima Kasih, duta-duta ini juga akan turut menjayakan aktiviti padang iaitu Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid.

Tahun ini, Bazar Terima Kasih akan singgah ke dua buah destinasi iaitu Mesra Mall, Kemaman, Terengganu pada 3 Jun 2017 dan Angsana Johor Bahru Mall pada 10 Jun 2017. Acara padang ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial MPTN bagi membantu golongan tidak bernasib baik untuk menikmati bulan Ramadan. Selain itu, ia turut memberi peluang kepada duta, pelakon dan juga personality MPTN untuk menghargai peminat sebagai tanda terima kasih.

Manakala bagi aktiviti Jom Masjid pula, pelbagai aktiviti bakal diadakan seperti berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah, moreh serta aktiviti ilmiah seperti rakaman program Al-Kuliyyah, sesi tadarus dan bacaan ayat suci Al-Quran serta banyak lagi di dua masjid terpilih iaitu Masjid Baharu Daerah, Temerloh, Pahang dan Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid