Advertisement
Advertisement
Hairul Azreen Anggap Anak & Isteri Pembuka Rezeki
May 31, 2017
3 Telefilem Ramadan Di TV9
June 1, 2017

Baju Melayu Bon Zainal inspirasi Alif Satar

by : Faris Othman

Selebriti serba boleh, Alif Satar bersama pereka fesyen Bon Zainal melancarkan koleksi baju Melayu eksklusif bersempena Aidilfitri tahun ini.

Tradisi Alif Satar by Bon Zainal yang terdiri daripada 10 warna menarik turut mendapat sentuhan Alif yang sama-sama menyumbang idea dari segi potongan dan pemilihan material digunakan.

“Sebelum ni saya pakai sut Bon Zainal. Tapi kini saya boleh pakai baju Melayu Bon pula. Kelainan koleksi ini adalah kami menggunakan fabrik halus dan terhad dan hanya dimiliki kami. Material berkenaan digunakan untuk kemeja berjenama pereka,” katanya.

Berpendapat sepersalinan baju Melayu sebagai satu khazanah budaya yang perlu dipelihara, Alif dan Bon ada alasan tersendiri untuk melancarkan koleksi ini dan tidak terhad kepada sut semata-mata.

“Baju Melayu memang jadi pakaian rasmi untuk majlis-majlis formal. Pakaian ini sudah jadi sama taraf dengan sut yang di peringkat antarabangsa. Kita mahu kekalkan tradisi ini.

“Baju Melayu boleh dipakai sepanjang tahun, ke mana sahaja, tidak hanya sepanjang Syawal atau resepsi perkahwinan sahaja,” ujar Alif yang turut menambah, koleksi berkenaan akan tetap dijual berterusan selepas bulan perayaan ini.

Ujar Alif lagi, kerjasama erat dengan Bon sudah lama dirancang namun pelbagai aral melintang membuatkan perancangan mereka sebelum ini tergendala sehinggalah Bon mencetuskan kembali idea berkenaan awal tahun ini.

“Sebenarnya saya dengan Bon sudah banyak kali berjanji untuk bekerjasama tapi masing-masing ada hal yang kena dipenuhi. Bila dirancang, akhirnya tak menjadi. Benda ni sebenarnya boleh dikatakan tidak dirancang lebih awal dan last minit,” katanya.

EZA_6462 EZA_6441 EZA_6430 EZA_6476

Kredit Foto : Shareza Shafiee

Save

Save

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid