Advertisement
Advertisement
Baju Melayu Bon Zainal inspirasi Alif Satar
May 31, 2017
5 Telefilem Ramadan Di TV3
June 1, 2017

3 Telefilem Ramadan Di TV9

Susunan : Nani Ramlee

Sempena Ramadan ini, TV9 akan tampil dengan telefilem-telefilem menarik untuk tontonan semua. Berikut merupakan tiga telefilem yang bakal menghiasi kaca televisyen anda pada setiap Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9.

Wanita Luar Biasa

Tarikh                   : 5 Jun 2017

Produksi              : Creative Skill Solution

Pelakon                : Niena Baharun, Fahrin Ahmad, Reen Rahim, Rohaya DFKL, Zainab Othman, Noniswara

SINOPSIS :

Nuraisya dan Aidan berkahwin pada usia yang muda. Keluarga Aidan memang tidak menyukai Nurasiya malah mereka menganggap Nuraisya yang menggoda Aidan. Nuraisya seorang yang berdikari dan bekerja di butik milik Datin Khadijah. Selepas tamat pengajian, Aidan telah berjaya mendapat pekerjaan dengan gaji lumayan. Perkara ini membuatkan keluarga Aidan lebih membenci Nuraisya.

Mereka mula merancang untuk menyatukan Aidan dengan Mimi. Akhirnya, Nuraisya diceraikan pada bulan Ramadan. Mimi meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Aidan tentang cara keluarga Aidan melayan Nuraisya. Aidan ingin memujuk bekas isterinya tetapi Nuraisya sudah bersedia meninggalkan Malaysia dan mahu melupakan kisah hitamnya.

Imamkan Aku

Tarikh                    : 12 Jun 2017

Produksi               : Tanah Beris Film Production

Pelakon                 : Azrel Ismail, Elvina Mohamad, Nadzmi Adhwa, Kismah Johar, Zur Eda, Fimie Don

SINOPSIS

Asma merupakan seorang isteri yang setia dan solehah. Dia sentiasa berharap suaminya, Fakhri akan berubah dan mendekati diri dengan agama. Dia amat merindui waktu lama di mana semua ahli keluarga menunaikan solat bersama-sama dengan Fakhri menjadi imam. Sayangnya, Fakhri telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dek sibuk mengejar dunia.

Satu hari, Asma cuba menyedarkan suaminya tetapi Fakhri masih degil. Asma telah meminta Fakhri untuk menjadi imam baginya buat kali terakhir. Namun, satu tragedi telah berlaku dan Fakhri telah menemui jalan hidup yang baharu dengan kehadiran seseorang dalam hidupnya.

Balasan Dosa

Tarikh                    : 19 Jun 2017

Produksi               : Rashbir Media

Pelakon                 : Jalil Hamid, Jasmin Hamid, Nad Zainal, Octavia Menrose, Fahrin Ahmad.

SINOPSIS

Timah telah terpengaruh dengan hasutan rakannya. Dia telah mendera Aminah dan menghalaunya. Sahak yang selalu menenangkan Aminah. Adakah Asnah juga memperlakukan Aminah yang dianggap sebagai kakak kandungnya, sama seperti perlakuan Timah?

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid