Advertisement
Advertisement
3 Telefilem Ramadan Di TV9
June 1, 2017
Alif Satar Ulang- alik Ke Sabah
June 2, 2017

5 Telefilem Ramadan Di TV3

Susunan : Nani Ramlee

Setiap kali tibanya Ramadan, TV3 tidak pernah ketinggalan menyiarkan telefilem-telefilem menarik kepada penonton setianya. Sempena Ramadan kali ini, TV3 bakal tampil dengan telefilem yang sarat dengan mesej positif. Berikut merupakan telefilem yang bakal mewarnai kaca televisyen anda pada setiap Sabtu, jam 10 malam menerusi slot Cekerarama di TV3.

Ramadan Terindah Nurani, 3 Jun 2017

Produksi              : Enuja Production

Pelakon                : Izara Aishah, Amar Asyraf, Ku Faridah, Azry Iskandar, Wilma Mohd, Pablo Amirul, Chacha Maembong

SINOPSIS :

Nurani ialah seorang anak yatim yang membesar dengan ibu saudaranya. Beberapa minggu selepas perkahwinannya, suaminya Rafiq ingin berpoligami. Rafiq mengahwini Nurani hanya kerana dia mahukan seorang isteri yang boleh menjaga ibu bapanya yang panas baran dan uzur. Atas dasar kasih sayang, Nurani menjaga kedua-dua mertuanya dengan sepenuh hati.

Puisi Sedih Al-Kitab, 10 Jun 2017

Produksi              : Aniq Communication

Pelakon                : Siti Elizad, Khir Rahman, Liza Othman, Riz Amin, Sein (Syed Hussein)

SINOPSIS :

Nadirah telah dihadiahkan dengan sebuah Al-Quran oleh ayahnya apabila dia berjaya khatam Al-Quran. Nadirah membawa Al-Quran tersebut ke kolej dan hanya membiarkannya. Dia bukan saja tidak membaca malahan tidak pernah membuka Al-Quran itu. Masa telah berlalu, kini Nadirah sudah berkahwin dan mempunyai anak. Satu hari, dia didatangi seorang lelaki asing yang membawa naskhah Al-Quran. Nadirah mula rasa malu apabila dia mendapat tahu lelaki itu mempelajari Islam dengan membaca Al-Quran manakala Nadirah telah lama meninggalkannya.

SitiElizat

Saksikan penampilan Siti Elizad dalam Puisi Sedih Al-Kitab.

Istimewa Nuzul Quran – Malam Tanpa Yasin, 12 Jun 2017

Produksi              : Quiara One Production

Pelakon                : Syafiq Kyle, Mira Filzah, Ku Fridah, Razak Ahmad, Nazrief Nazri

SINOPSIS :

Yasin ialah seorang jurutera yang hidup dalam kemewahan sehinggalah satu hari projek pembinaan yang diselianya runtuh. Yasin melarikan diri ke kampung dan bersembunyi di rumah Pak Hamid dan Adawiyah. Yasin gagal menyelamatkan diri daripada hukuman. Dia telah ditangkap dan dipenjarakan. Semasa berada dalam penjara, Yasin merenung kisah hidup silamnya dan mula belajar Al–Quran. Selepas dibebaskan, Yasin telah mengahwini Adawiyah. Mereka telah meneruskan perniagaan Allahyarham Pak Hamid dalam membukukan Al-Quran.

Terima Kasih Ramadan, 17 Jun 2017

Produksi              : ZK Creative Production

Pelakon                : Fasha Sandha, Ben Laden, Aqasha, Razak Ahmad

 SINOPSIS :

Selepas 6 tahun berkahwin, Maria dan Iskandar telah mengambil Ramadan sebagai anak angkat. Sejak itu, kehidupan mereka lebih bermakna dan bahagia. Selepas mendapat tahu Maria telah mengandung, mereka bertambah gembira dan menganggap Ramadan membawa rahmat dalam hidup mereka. Malangnya, Maria telah keguguran dan Ramadan pula dipersalahkan sebagai punca kemalangan itu. Walaupun dilayan dengan buruk, Ramadan tetap bersabar dan tidak henti berdoa untuk diampuni ibu angkatnya.

Restu Ramadan, 24 Jun 2017

Produksi              : Tanah Beris Film Production

Pelakon                : Mark Adam, Zaibo, Issey BMB, Amy Mastura

SINOPSIS :

Kehadiran Restu, seorang pekerja pembinaan di sebuah kampung di Sabah telah disambut baik oleh Pak Daud. Hubungan baik antara mereka berdua telah disalah erti oleh Asrin. Pak Daud berjaya memperdaya Restu bahawa dia tidak dibenarkan untuk berpuasa kerana faktor usia. Malahan, Restu juga makan pujukan Pak Daud yang dia juga tidak perlu berpuasa atas tuntutan kerja. Satu hari, kedua-dua ditangkap kerana tidak menjalankan amalan berpuasa. Asrin pula mengalami kecederaan akibat letupan mercun buatan sendiri.

AmyMastura

Amy Mastura bergandingan dengan barisan pelawak dalam telefilem bergenre komedi ini.

 

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid