Advertisement
Advertisement
5 Telefilem Ramadan Di TV3
June 1, 2017
Que Haidar Cipta Lagu Sendiri
June 6, 2017

Alif Satar Ulang- alik Ke Sabah

By : Farish Othman

Pengacara Clevergirl, Alif Satar kini menjadikan negeri Sabah sebagai rumah keduanya memandangkan dia kini menjalankan perniagaan restoran makanan Semenanjung di Negeri Di Bawah Bayu itu sejak awal Mei.

Menurut Alif, A’s Café yang beroperasi di Padang Kontena Yayasan Sabah mendapat sambutan menggalakkan walaupun masih baru dibuka. Buktinya, di hari pertama pelancaran, seramai lebih 500 pengunjung hadir memeriahkan majlis membuat dia dan pekerja tidak cukup tangan melayan.

“Selepas ABP, saya terbang ke Kota Kinabalu, dengan hanya promosi di Instagram story tentang kenduri pembukaan kafe saya itu. Tanpa disangka, lebih 500 pengunjung datang. Makanan semua habis hingga kami terpaksa buat live cooking.

“Sambutan sebegitu memberi pengalaman baru  tersendiri buat saya yang baru setahun jagung dalam industri ini. Baru seminggu dibuka, tapi feedback sangat memberangsangkan hingga lauk habis menjelang pukul 12 tengah hari,” katanya.

AlifSatar_kafe

Alif beraksi di hadapan kafe miliknya di Kota Kinabalu, Sabah. Kredit foto – Instagram Alif Satar

Finalis One In A Million ini mengatakan makanan citarasa Semenanjung menjadi tarikan pengunjung ke kafenya itu. Tom yam adalah menu istimewa di sana selain masakan-masakan kegemarannya yang diyakini boleh menarik komuniti Semenanjung yang tinggal di kepulauan Borneo itu.

Untuk sementara waktu, perniagaan berkenaan diuruskan ibu bapanya yang kini menetap di sana. Namun dia akan tetap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dari semasa ke semasa untuk memastikan segalanya urusan berjalan lancar.

“Saya letak mak ayah saya di sana. Sabah dah jadi rumah kedua saya sekarang. Buat masa sekarang mereka jaga kafe. Esok lusa kena fly balik ke sana juga,” katanya yang menambah perancangan pembukaan kafe berkenaan dibuat lebih setahun lalu yang turut dibantu rakan selebriti Farish Aziz.

 

 

 

Save

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid