Advertisement
Advertisement
Que Haidar Cipta Lagu Sendiri
June 6, 2017
Que Haidar Rindu Berlakon
June 6, 2017

Program Raudhah Ramadan Di TV3

Susunan : Nani Ramlee

Sempena bulan Ramadan ini, stesen televisyen popular TV3 menyediakan pelbagai program keagamaan dan kerohanian untuk tontonan semua. Berikut adalah program-program menarik istimewa Ramadan.

JEJAK RASUL AS SALAM

Masa Siaran/Tarikh : Jumaat – Ahad, 6.30 petang – 7.00 malam, 20 Mei – 23 Jun 2017

SINOPSIS :

Jejak Rasul As Salam kali ini akan membawa penonton mengembara ke Palestin, Turki, dan Jordan dalam mencari artifak-artifak peninggalan para Nabi. Bertemakan “Tinggalan Anbiya’ dan Kesahihannya”, Da’i Tajdid Hadhari akan mengupas sirah dan merungkai kesahihan artifak-artifak dan monumen-monumen peninggalan zaman para Nabi.

Antara artifak yang diselidik ialah Batu Terapung di ‘Dome of The Rock’, Baitulmaqdis yang didakwa ingin mengikut Rasulullah SAW naik ke langit ketika peristiwa Israk & Mikraj, serta kuil Hercules di Jordan.

MADRASAH, JALUR SUTERA ILMU

Masa Siaran/Tarikh : Sabtu, 9.00 malam – 9.30 malam, 27 Mei – 17 Jun 2017

SINOPSIS :

Madrasah, Jalur Sutera Ilmu mengembara ke Melaka, Bangkok, Phnom Penh dan Jogjakarta yang terletak di Jalan Sutera. Di sana, Fedtri meninjau beberapa madrasah atau sekolah agama yang didirikan untuk menyebarkan agama Islam di negara-negara tersebut.

Di Phnom Penh, dia menemubual komuniti yang berjaya melarikan diri daripada tindasan pemerintahan Pol Pot yang kejam. Episod di Jogjakarta pula menyingkap kepayahan pendakwah dalam membimbing golongan mak nyah yang mahukan perubahan hidup melalui agama.

PROJEK DA’I

Masa Siaran/Tarikh : Sabtu, 9.30 malam – 10.00 malam, 27 Mei – 17 Jun 2017

SINOPSIS :
Projek Da’i adalah sebuah program istimewa di bulan Ramadan ini di mana empat projek istimewa melibatkan para Da’i dan kanak-kanak yang mempunyai masalah penyakit motor neuron (Spinal Muscular Atrophy).

Projek ini memerlukan mereka untuk berkomunikasi dan berkerja bersama dengan Da’i sebagai fasilitator dengan harapan kerjasama mereka iaitu terjemahan buku ke audio ini akan memanfaatkan masyarakat satu masa kelak.

QARI JR. 2017

Masa Siaran/Tarikh : Ahad, 10.00 malam -11.00 malam, 21 Mei – 9 Julai 2017

SINOPSIS :

Rancangan realiti keagamaan untuk kanak-kanak di TV3 telah pun memasuki musim ke-6. Qari Jr. 2017 (QJ2017) mencari qari muda berumur daripada 7 hingga 12 tahun yang bukan sahaja mampu mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik secara murattal, bacaan mereka juga perlu diiringi taranum dan tajwid yang betul seiring dengan objektif Qari Jr. iaitu ingin berkongsi ilmu Al-Quran bersama penonton.

KALAMULLAH

Masa Siaran/Tarikh : Isnin – Ahad, 9.30 pagi/ 2.00 tengah hari, 26 Mei – 24 Jun 2017

SINOPSIS:

Sebuah program kapsul 5 minit yang menggunakan Juz Amma untuk pengalunan ayat suci Al-Quran. Program ini akan menggunakan surah-surah Juz Amma daripada Al-Quran untuk pembacaan dan tadabbur (penghayatan).

AL–KULLIYYAH

Masa Siaran/Tarikh : Khamis, 11.00 malam, 1 Jun – 22 Jun 2017

SINOPSIS :

Istimewa buat bulan Ramadan, Al–Kulliyyah menampilkan penceramah yang akan mengupas topik- topik seperti ‘Bangun Malam’ dan ‘Risalah Akhlak’.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid