Advertisement
Advertisement
Program Raudhah Ramadan Di TV3
June 6, 2017
Ayu Raudhah Menghitung Detik Kelahiran Anak Ketiga
June 7, 2017

Que Haidar Rindu Berlakon

By : Faris Othman

Pelakon Que Haidar mengakui merindui dunia lakonan setelah sekian lama tidak ke set penggambaran. Kali terakhir dia berlakon ialah pada tahun 2015 untuk drama ‘Cahaya Malaika’.

Seolah-olah hilang dari radar seni, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini masih berpegang pada prinsip untuk hanya berkarya dengan produk yang menepati citarasa dan selera dirinya sendiri dan tidak tangkap muat sahaja.

“Rindu juga sebenarnya. Kadang-kadang terfikir pasal lakonan. Tapi saya hanya mahu buat apa yang saya suka. Tawaran ada tapi naskhah yang diterima tak dekat di hati saya. Tak seronok bila macam tu.

“Bila baca dan meneliti skrip yang diberikan, wataknya hanya pada permukaan dan tidak menyeluruh dan mendalam. Contohnya bila watak jahat, apa lagi yang boleh ditonjolkan mengenai punca kejahatannya, bagaimana semuanya bermula. Benda macam tu yang akan menarik minat saya,” katanya.

Tidak menyangkal bersikap selektif dalam menerima skrip, suami kepada guru tari popular Linda Jasmine ini mengatakan pernah terdetik di hatinya untuk menulis dan mengarahkan sendiri drama ilhamnya.

“Saya terfikir juga ke arah itu (pengarahan), tapi setakat ni keyakinan itu tak ada, tak tahulah masa depan nanti. Saya tak punya keyakinan untuk mengendalikan ramai orang dalam satu masa apabila menjadi pengarah.

“Ada juga cuba tulis skrip, tapi tak memuaskan hati sendiri. Bila malam tulis, keesokannya saya meragui dengan kualitinya, kadang-kadang langsung tak faham apa yang ditulis,” tambahnya lagi.

Ditemui ketika pelancaran single sulungnya ‘Kisah Cinta’, Que turut mendapat maklum balas dari rakan-rakan terdekat mengenai single berkenaan yang boleh dikembangkan ke satu platform yang lebih besar.

“Lagu itu bertemakan kasih sayang untuk bapa saya, ia tangkap rasa saya sebagai pencipta dan penyanyi. Ramai yang cakap lagu itu seperti sebuah soundtrack. Kalau ada rezeki, mungkin saya boleh filemkan pula lagu berkenaan, Insya-Allah,” tuturnya mengakhiri perbualan.

Foto : Shareza Shafiee

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid