Advertisement
Advertisement
Que Haidar Rindu Berlakon
June 6, 2017
Nabil Tak Mahu Sekadar Melawak
June 7, 2017

Ayu Raudhah Menghitung Detik Kelahiran Anak Ketiga

By : Nani Ramlee

Pelakon Ayu Raudhah dan suami, pemain bola sepak negara, Zaquan Adha melahirkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi. Ayu yang kini berdebar menghitung detik kelahiran turut gembira kerana bakal menimang anak perempuan pertama selepas enam tahun mendirikan rumahtangga dengan suaminya itu.

“Alhamdulillah, menerusi imbasan yang dilakukan, InsyaAllah kami berdua akan menimang anak perempuan. Zaquan merupakan orang yang paling teruja kerana dia memang dah lama nak anak perempuan selepas dah ada dua orang anak lelaki,” kongsi Ayu teruja.

Pasangan ini ditemui ketika sidang media Kempen Terima Kasih Program Ramadan Media Prima di Hotel Mandarin Oriental. Dalam pada teruja, Ayu turut meluahkan rasa debarnya kerana masih belum memutuskan untuk bersalin di mana lagi.

“Persiapan semua dah siap dan kelengkapan bayi juga dibuat beria. Kami berdua sangat teruja nak dapat anak perempuan. Cuma, saya berdebar sebab tak tahu nak bersalin di mana lagi,” ujar Ayu sambil diselangi oleh Zaquan.

“Jadual latihan bola sepak saya kadang-kadang di Ipoh, kadang-kadang di Kuala Lumpur dan Johor. Jadi sebagai keselamatan, saya sudah daftar di hospital untuk ketiga-tiga buah negeri,” kata Zaquan yang kini bermain untuk pasukan negeri Perak.

Berkongsi mengenai bulan Ramadan, Ayu memberitahu dia bersyukur kerana masih mampu menyediakan juadah sahur dan berbuka untuk suaminya walaupun sedang sarat mengandung.

“Alhamdulillah, Zaquan tidak cerewet bab makan. Dia suka makan di rumah, jadi saya memang akan masak. Dia tidak kisah saya masak apa sahaja, janji kena ada ayam. Saya sampai nak muntah masak ayam tiap-tiap hari selama enam tahun,” tutur Ayu yang juga akan menjalani proses berpantang ketika bulan puasa dan raya.

“Nampak gayanya saya kena berpantang pada Ramadan dan raya kali ini. Selalunya orang akan berpantang dengan emak, tapi saya akan berpantang dengan suami saya. Janji saya kena ada di mana dia berada, jadi dia boleh tengok saya dan anak. Selain pembantu rumah, emak saya juga akan datang juga untuk menjaga saya,” ujar Ayu yang akan menyambut Aidilfitri di kampung suaminya di Seremban sebelum pulang ke Kedah.

Kredit foto : Instagram Ayu Raudhah

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid