Advertisement
Advertisement
Ayu Raudhah Menghitung Detik Kelahiran Anak Ketiga
June 7, 2017
Maria Tunku Sabri Respon Tentang Insiden Periuk Meletup
June 9, 2017

Nabil Tak Mahu Sekadar Melawak

By : Faris Othman

Langkah Nabil Ahmad dalam bidang seni nampaknya semakin galak dan tidak boleh dipandang sebelah mata. Dia yang kini mempunyai produksinya sendiri, Nabil Ahmad Productions enggan kekal pada takuk lama tanpa mencapai kematangan dalam dunia seni.

Terbaru, dia kini dalam proses penerbitan sitkom Bus-stop selain menerbitkan game show Fan Fanatik serta The Black The Vines yang memfokus kandungan video kelakar Islamik penuh pengajaran.
Pun begitu, menurutnya Nabil dia masih individu yang sama seperti dahulu. Namun ada penambahbaikan yang perlu dia lakukan demi kebaikan diri sendiri dan perkembangan kariernya.

“Saya tidak berhenti melawak, itu memang diri saya sejak dulu. Malah untuk Bus-stop saya hanya terlibat untuk 1 atau 2 episod, selebihnya fokus kepada skrip dan aspek teknikal. Semua ini dibuat untuk saya lebih fokus.

“Untuk tawaran majlis korporat misalnya, saya cuba buktikan kepada orang yang saya bukan hanya boleh melawak, tetapi juga boleh mengacara majlis. Jadi pakej dua dalam satu. Orang pun boleh berhibur lebih lama dengan saya,” ujar Nabil lagi.

Menurut anak jati Negeri Sembilan ini, dia mencapai kepuasan tersendiri apabila ideanya direalisasikan dalam bentuk rancangan TV atau sitkom dan tidak menolak kemungkinan untuk meneroka peluang lebih besar di masa depan.

“Sekarang ni, bila saya bagi skrip untuk orang melawak, itu satu kepuasan untuk saya. Sebab itu kami sedang terbitkan program TV, sitkom dan gameshow. Insya-Allah, tahun depan akan ada supertele komedi seram yang akan kami terbitkan jika tiada sebarang halangan,” ujar Nabil.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid