Advertisement
Advertisement
Nabil Tak Mahu Sekadar Melawak
June 7, 2017
Corat-coret Bazar Terima Kasih Johor Bahru
June 14, 2017

Maria Tunku Sabri Respon Tentang Insiden Periuk Meletup

By : Faris Othman

Satu klip video demo masakan program beli-belah online menjadi viral baru-baru ini apabila periuk yang digunakan pecah ketika bersiaran secara langsung! Pengacara program beli-belah televisyen, CJ Wowshop, Maria Tunku Sabri diminta berkongsi berpendapat tentang insiden terbabit.

Jelas personaliti yang mula dikenali ramai dengan program Jalan-jalan Cari Makan itu, insiden sebegitu sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja kerana ia sesuatu yang tidak dapat dijangka.
“Konsep rancangan itu dengan CJ Wowshop sama, ada siaran secara langsung dan ada juga yang dirakam. Malangnya, insiden yang berlaku ketika mereka bersiaran secara langsung. Ia boleh terjadi kepada sesiapa saja. Mungkin ada kesilapan teknikal (pemasangan alatan) yang menyebabkan insiden itu berlaku.

“Kalau ikutkan pengalaman saya, sebelum penggambaran kami akan praktis berulang kali. Mungkin juga kesilapan berlaku sebab terlalu banyak kali latihan dibuat. Benda yang kita tak jangka, jadi juga. Kejadian berkenaan mesti dijadikan iktibar oleh semua. Dalam hal ni kita kena berhati-hati. Apabila terjadi sekali, kita kena ambil iktibar dan belajar daripada kesilapan dan perbaiki untuk kebaikan di masa depan,” ujar Maria yang ditemui di Majlis Berbuka Puasa anjuran Mamee di Restoran Rebung, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Maria lagi, dia dan rakan-rakan pengacara akan diberikan latihan intensif sebelum ditugaskan mengacara rancangan yang berkolaborasi dengan rakan kongsi Korea itu.

“Orang Korea sendiri yang akan beri tunjuk ajar sebelum ke udara. Mereka ajar cara mengendali produk, manakala hal-hal lain kami belajar semasa on ground. Kami gunakan pertimbangan sendiri untuk pastikan semuanya berjalan lancar.

“Ada juga insiden tak diingini berlaku contohnya bila pembuat roti yang sepatutnya boleh memasak dodol tapi tidak menjadi. Namun masalah itu lebih kepada teknikal seperti sukatan bahan tidak betul memandangkan sesetengah masakan sangat menekankan hal itu,”akhirinya.

Foto : Shareza Shafie

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid