Advertisement
Advertisement
Corat-coret Bazar Terima Kasih Johor Bahru
June 14, 2017
Elfira Loy Curi-Curi Buka Puasa
June 15, 2017

Cef Fikree Takut Berlakon

Cef selebriti, Cef Fikree akui berasa risau dan takut apabila pertama kali bergandingan dengan pelakon Izreen Azminda menerusi drama Tukar Tukar Menu di TV3. Menurut pengacara program masakan Dapur Panas ini, bidang lakonan merupakan pengalaman baru buatnya dan dia masih lagi dalam proses pembelajaran untuk bergelar seorang pelakon.

“Ini kali pertama saya berlakon drama. Sebelum ini saya ada berlakon telefilem berjudul Hantu Botox bersama Shah Jaszle pada tahun lepas. Tapi, ketika itu saya hanya memegang watak pembantu dan ia tidak terlalu berat.

Namun, untuk drama Tukar Tukar Menu, saya memegang watak utama dan ia agak mencabar buat saya. Tambahan pula saya bergandingan dengan Izreen yang merupakan satu nama agak besar dalam dunia lakonan, jadi saya risau dan takut jika saya tidak boleh menjayakan watak yang diberi dengan baik,” ujar Fikree ketika ditemui pada majlis prebiu Iftar@Intekma di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam.

Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalamannya berlakon di bawah produksi Jutaan Ringgit Sdn Bhd itu, pemilik nama Mohd Fikree Najib bin Aznan ini memberitahu dia bersyukur kerana seluruh tenaga produksi termasuk pelakon dan pengarah banyak membantunya untuk menjiwai watak yang diberi.

“Secara jujur, pada mulanya memang agak berat dan kalau boleh saya mahu tolak tawaran ini. Tapi, disebabkan watak ini untuk masak sahaja dan ia ada kena mengena dengan diri saya, jadi saya terima tawaran ini. Saya anggap ini sebagai rezeki anak saya.

Ini merupakan satu pengalaman baru dan terbaik buat saya setakat ini Alhamdulillah, saya diberi tunjuk ajar oleh abang Rusdi Ramli dan pelakon lain bagaimana nak mengekspresikan watak,” katanya sambil ditanya sama ada dia akan aktif berlakon selepas ini.

“Saya tak boleh nak cakap, kalau ada rezeki saya akan teruskan. Tapi, kena tengok dulu sambutan untuk drama ini. Kalau watak saya boleh menambat penonton, InsyaAllah saya terima. Alhamdulillah, maklum balas yang diterima setakat ini sangat positif,” tutur Fikree lagi.

Dalam perkembangan lain, Fikree turut berkongsi dia akan terlibat untuk kempen Coca Cola iaitu Dapur Bonda bersama Eirma Fatima dan beberapa artis lain. Selain itu, dia juga akan mengendalikan program realiti Hero Oven musim kedua pada bulan Oktober depan.

Jangan ketinggalan untuk menonton drama Tukar Tukar Menu pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengah hari di TV3 sepanjang Ramadan ini. Drama 16 episod arahan Rusdi Ramli ini turut dibintangi oleh Izreen Azminda, Norlia Ghani serta dua pelakon kanak-kanak iaitu Muntazar Ghani dan Baby Sofea.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid