Advertisement
Advertisement
Maria Tunku Sabri Respon Tentang Insiden Periuk Meletup
June 9, 2017
Cef Fikree Takut Berlakon
June 14, 2017

Corat-coret Bazar Terima Kasih Johor Bahru

Bazar Terima Kasih berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru, Sabtu lalu menerima 20, 000 pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk negeri untuk bertemu dengan artis kesayangan selain membeli juadah berbuka bagi tujuan amal.

  • Bazar yang dijadualkan jam 3 petang tergendala sejam kerana hujan lebat namun kehadiran pengunjung masih mengagumkan. Steady orang JB!

  • Acara membuat bubur lambuk bermula dari 9.30 pagi yang kemudiannya diagihkan kepada pengunjung sewaktu acara.

 

  • Hero Oven musim pertama Chef Naem serta juri Chef Sarah serta selebriti chef, Chef Fikree serta pelakon Andainya Takdir Annie Ariffin terlibat dalam proses pembuatan juadah berbuka itu.

 

  • Selain menunggu pelanggan di gerai, ada juga yang menggunakan teknik marketing memujuk pelanggan membeli dengan menjaja juadah di sekitar kawasan acara.

 

  • Kelihatan gigih membimbit plastik juadah sambil menjerit mempromosikan jualan masing-masing adalah Dai Syed dan Chef Fikree.

 

  • Antara menu yang dijual adalah lontong kering, briyani kambing, kebab ayam, kambing golek dan tepung pelita.

 

  • Kehadiran Mira Filzah memerlukan iringan khas polis bantuan untuk memastikan kelancaran majlis.

 

  • Walaupun turut diiring pegawai keselamatan, Aizat masih sporting apabila tidak mengecewakan permintaan peminat untuk berselfie semasa sesi lawatan ke booth pameran.

 

  • Duta Lifebuoy Farid Kamil hadir berseorangan tanpa anaknya sulungnya Muhammad yang turut  menjadi bintang utama iklan produk penjagaan diri itu.

 

  • Bazar berakhir dengan majlis berbuka puasa para artis terlibat bersama penghuni Rumah Anak Yatim Ar-rayan.
How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid