Advertisement
Advertisement
Elfira Loy Curi-Curi Buka Puasa
June 15, 2017
Fazura Hadir Dengan 2 Single Terbaru
June 16, 2017

Anis Al-Idrus Tak Sahur Kerana Migrain

By : Faris Othman

Pelakon Anis Al-Idrus mengatakan dia lebih rela tidak bangun bersahur daripada diserang migrain teruk setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Bagaimanapun, katanya keadaan ini terjadi hanya apabila dia terlibat dengan penggambaran di bulan puasa yang jadualnya tidak menentu sekaligus mengganggu waktu tidur dan rehatnya.

Tidak menafikan kebaikan bersahur kepada diri, Anis bagaimanapun mengambil langkah untuk makan sebelum tidur kira-kira jam 12 tengah malam sebagai waktu sahurnya.

“Kalau saya shoot masa puasa, saya tak boleh sahur kerana kalau tak cukup tidur, saya akan kena migrain. Jadi saya rela bersahur awal dan perut berangin daripada kena migrain. Kalau kena migrain, saya langsung tidak boleh bekerja.

“Pernah saya bangun sahur sehari dua sebelum ni, akibatnya saya menderita migrain teruk sampai berpinar dan hampir-hampir pitam,” ceritanya mengakui sakit itu sudah lama dihidapinya tanpa menemui penawar yang benar-benar mujarab.

Anis yang ditemui di majlis preview program Raya rangkaian TV Media Prima 2017 baru-baru ini berkata dia lebih selesa mengambil oat atau emping jagung sebagai menu sahur kerana membuatnya kenyang lebih lama berbanding nasi.

Dalam perkembangan lain, Anis kini sibuk membuat persiapan menuju hari bahagianya yang dijadualkan berlangsung pada 7 Julai ini.

“Persiapan raya tahun ni dibuat sederhana kerana mahu fokus pada perkahwinan. Setakat ni sudah 90% siap, tinggal mengedarkan kad kepada jemputan dan mencari cincin bersesuaian,” akhirinya.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid