Advertisement
Advertisement
Fazura Hadir Dengan 2 Single Terbaru
June 16, 2017
Kenapa Ezlynn Mahu Cerai?
June 19, 2017

Dayang Nurfaizah Tak Mengamuk Ditanya Soal Jodoh

By : Nani Ramlee

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah mengakui sudah lali apabila sering ditanya soal jodoh setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menurut penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, dia tidak mempunyai masalah untuk menjawab soalan tersebut kerana faham orang sekeliling sangat mengambil berat tentang dirinya.

“Setiap kali raya, mesti orang akan bertanya. Alhamdulillah, keluarga tak bertanya, hanya orang luar sahaja. Tapi bagi saya, itu bukan satu masalah dan saya tak akan mengamuk jika ada yang bertanya. Saya tidak kisah dan jawab saja apa yang orang tanya,” tutur Dayang ketika ditemui sewaktu rakaman program Melodi Raya di Villa Sri Ananda baru-baru ini.

Tambah wanita berusia 36 tahun ini lagi, dia boleh dianggap berbohong jika mengaku tidak menanam impian untuk mendirikan rumah tangga. Sebagai seorang wanita, Dayang mengakui kesibukan bekerja membuatkan dia tidak punya masa untuk mengenali hati budi insan bernama lelaki.

“Tipulah kalau saya tak nak, tapi masih belum ada jodoh lagi. Saya juga tak sempat nak berkawan dengan mana-mana lelaki sebab saya pun sibuk dengan album serta kerjaya,” ujar Dayang sambil diusik sama ada keluarganya cuba untuk mencari jodoh buatnya.

“Tak ada yang tolong carikan. Keluarga pun tahu saya macamana dan saya sendiri memang tak akan setuju kalau orang tolong carikan. Doa-doakanlah saya bertemu jodoh ya,” ujarnya lagi.
Bercerita tentang Ramadan, pelantun lagu ‘Lelaki Teragung’ ini memberitahu dia tidak menerima sebarang persembahan nyanyian sepanjang bulan Ramadan dan lebih memberi tumpuan kepada promosi album terbarunya.

“Ramadan tidak terlalu sibuk tapi tidaklah sampai tidak berbuat apa-apa. Persembahan nyanyian memang tidak ada, tapi saya ada menerima beberapa undangan berbuka. Sepatutnya Ramadan memang lebih kepada berehat, tapi saya jenis yang tak boleh kalau tak buat apa-apa.

Bagi saya, bulan Ramadan ini kalau tak buat apa-apa rasa waktu berpuasa itu lama sangat. Jadi, selain undangan berbuka, saya juga turut mempromosi album terbaru saya. Alhamdulillah, sambutan untuk album terbaru sangat menggalakkan. Syukur kerana feedback daripada peminat sangat positif,” katanya yang akan pulang beraya di Kuching selama dua minggu.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid