Advertisement
Advertisement
Anis Al-Idrus Tak Sahur Kerana Migrain
June 15, 2017
Dayang Nurfaizah Tak Mengamuk Ditanya Soal Jodoh
June 16, 2017

Fazura Hadir Dengan 2 Single Terbaru

Sebaik mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia beberapa bulan lalu, Fazura tidak mempersiakan ruang dan rezeki yang diberikan.

Biarpun single nyanyiannya bersama Fattah Amin, ‘Cinderella’ baru sahaja dilancarkan, tetapi bintang kesayangan ramai ini tidak mahu bertangguh-tangguh untuk melancarkan single terbaru. Bukan satu, tetapi dua single berjudul ‘Bisa Apa’ dan ‘Bangun’.

Kedua-dua single ini akan dilancarkan secara serentak pada 16 Jun hadapan dan menurut Fazura kedua-dua lagu ini punya keistimewaan dan kisah tersendiri.
“Pertama kali mendengar material ‘raw’ yang dihantar, saya terus jatuh cinta dengan lagu ini.

‘Bangun’ merupakan sebuah lagu yang melambangkan kekuatan. Sebuah kejayaan itu boleh dikecapi jika kita sentiasa pilih untuk bangun daripada setiap kajatuhan. Kajatuhan itu pada saya ada tersembunyi hikmah istimewa.

Jadi saya harap, semua yang mendengar lagu ini juga akan terus bangun biarpun berhadapan dengan banyak hal yang buruk dalam kehidupan. Berbeza dengan ‘Bangun’, ‘Bisa Apa’ seperti mempunyai satu tarikan yang tersendiri dari segi susunan muzik dan liriknya,” ujar Fazura.

‘Bisa Apa’ merupakan hasil penuh karyawan terkenal Indonesia iaitu Tantra Numata dan Mhala Numata dan diproduksi sepenuhnya di Indonesia termasuk proses mastering yang dihasilkan di Bandung.
Menjadi salah sebuah runut bunyi dalam drama rantaian fenomena Hero Seorang Cinderella, ‘Bisa Apa’ dibikin khusus buat Fazura yang terkesan boleh didengar pada penyampaian dan lenggok vokalnya.

Dibalut dalam ritma balada yang cukup indah dengan permainan banyak instrumen termasuk gesekan cello dan biola, Fazura mendendangkan lagu ini dengan cukup baik.

‘Bangun’ adalah hasil sentuhan karyawan Malaysia, single ini berentak ‘catchy’ dan berbaur inspirasi. Dihasilkan oleh Ilyahida selaku komposer, Ruviyamin sebagai arranger dan Ahmad Kemat Khair pada posisi produser, ‘Bangun’ begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan Fazura yang begitu positif.

Untuk melengkapkan kelahiran Bangun, sebuah klip video akan dihasilkan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Merupakan duta kepada telefon pintar Neffos, tentulah jenama terkenal ini turut serta bertanggungjawab menjadikan klip video yang dihasilkan Fazura menjadi lebih menarik di mana pemenang-pemenang dipilih akan membuat penampilan istimewa dalam klip video tersebut bersama Fazura.

How do you feel?
  • Fascinated
  • Happy
  • Sad
  • Angry
  • Bored
  • Afraid